Lihat Tandukan Aneh Sterling Nutmeg Penjaga Gol Brighton Untuk Lengkapkan Hatrik

Raheem Sterling menghasilkan hatrik ketika Manchester City membelasah Brighton 5-0 pada awal pagi tadi.

Ia adalah perlawanan yang didominasi penuh oleh skuad kendalian Pep Guardiola dengan 25 percubaan dan penguasaan bola sebanyak 71%.

Ia juga mungkin adalah perlawanan berat sebelah yang paling jelas pernah disaksikan pada musim ini.

City memerlukan 21 minit untuk berada di hadapan melalui jaringan Sterling dari penjuru kotak penalti.

Selepas itu giliran Gabriel Jesus melebarkan kelebihan kepada 2-0 buat skuad Guardiola – yang berpunca daripada sepakan penjuru Kevin De Bruyne.

City meneruskan usaha mereka memburu gol pada babak kedua apabila Sterling menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan ini melalui tandukan yang berpunca dari sepakan penjuru Riyad Mahrez.

Kemudian giliran Bernardo Silva menjadikan kedudukan 4-0 selepas penjaga gol, Matt Ryan gagal mendakap kemas bola percubaan asal pemain dari Portugal itu.

Kemudian tiba momen aneh dalam perlawanan ini, dan Sterling akhirnya melengkapkan hatriknya.

Sterling berusaha membuat bola lob mengatasi pemain pertahanan Lewis Dunk di dalam kawasan kotak penalti, tetapi pemain sayap England itu dijatuhkan.

Bola kemudiannya jatuh mengena kepala Sterling, sebelum ianya bergolek di celah kaki Ryan.

Dan Burn cuba menyelamatkan keadaan dengan melakukan clearance liar. Namun ia sudah terlambat apabila bola terkena tiang dan bergolek terus ke gawang sendiri.

Bagaimanapu gol tersebut kemudiannya disahkan milik Sterling oleh pegawai perlawanan.

Jaringan tersebut adalah yang ke-25 buat Sterling dalam semua pertandingan pada musim ini.

Walaupun kemenangan tersebut sudah tidak memberi kesan kepada City dalam pertandingan Premier League, ia amat diperlukan untuk City membina momentum dalam pertandingan Champions League yang akan bermula ridak lama lagi.

 

Kongsi artikel ini