Pahang masih lagi tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan dilalui setakat ini di saingan Liga Super Malaysia (MSL 2020).
Terbaru, Pahang tunduk 3-2 di tangan PJ City dalam aksi di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.
Di atas kertas, skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh dianggap ramai sebagai pasukan pilihan jika dibandingkan dengan PJ City.
11' | DEMBA CAMARA!
PJ City FC kini mendahului Pahang melalui gol Demba Camara.#CIMBLigaSuper2020#PJCPHG#MFLLive pic.twitter.com/Q8GDMVm4aD
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 6, 2020
Namun ramai yang lupa bagaimana skuad kendalian K. Devan menafikan Pahang kemenangan pada saingan musim lalu, apabila mengikat skuad Tok gajah 1-1 di Kuantan, dan menang 2-0 di Petaling Jaya selepas itu.
Pada musim lalu PJ City turut dikenali sebagai ‘giant killer’ apabila sering kali memperolehi keputusan positif ketika menentang pasukan-pasukan yang lebih besar.
Pada aksi sebentar semalam, perlawanan bermula rancak dengan PJ City membuka tirai jaringan menerusi Demba Camara pada minit ke-11 perlawanan.
15' | DICKSON!
Sepakan penalti dari Dickson Nwaekame. #CIMBLigaSuper2020#PJCPHG#MFLLive pic.twitter.com/Ie4Wg257CY
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 6, 2020
Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan empat minit apabila Pahang berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti Dickson Nwakaeme.
Enam minit selepas bersambung babak kedua, giliran Pahang pula berada di hadapan selepas Ivan Carlos meledak gol kedua Tok Gajah.
51' | IVAN CARLOS!
PJ City FC 1-2 @officialpahang #CIMBLigaSuper2020#PJCPHG#MFLLive pic.twitter.com/HRlDih4qKL
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 6, 2020
Jaringan itu cukup licik apabila Carlos seolah-olah menggunakan flick untuk menyambung hantaran lintang rakan sepasukan, untuk mengelirukan penjaga gol PJ City FC.
59' | GOL BARATHKUMAR!
PJ City FC menyamakan kedudukan di UiTM Shah Alam menerusi R. Barathkumar.#CIMBLigaSuper2020#PJCPHG#MFLLive pic.twitter.com/Z34hgxIPjD
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 6, 2020
Enggan menyerah kalah, PJ City kembali mengikat kedudukan pada minit ke-59 apabila R Barathkumar mudah merembat masuk bola hantaran Camara.
Ketiga perlawanan seakan bakal berakhir dengan seri, Kogileswaran tampil sebagai wira PJ City selepas meledak gol kemenangan pasukannya hasil sepakan percuma pada masa kecederaan.
90+5' | GOL KOGILESWARAN!
PJ City FC 3-2 @officialpahang #CIMBLigaSuper2020#PJCPHG#MFLLive pic.twitter.com/AfgkUw5rlw
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 6, 2020
Sepakan percuma itu diambil penuh yakin oleh Kogileswaran, menuju bahagian dalam tiang sebelah kiri dan melantun ke arah kanan jaring – menyebabkan penjaga gol Pahang gagal berbuat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan.
Ia boleh dianggap licik kerana mengelirukan penjaga gol dengan sedemikian rupa.
Kemenangan tersebut melonjakkan PJ City ke tempat kedua dengan empat mata hasil satu seri dan satu menang.