Semalam kami melaporkan Red Star Belgrade telah menyambar ‘wonder kid’ Malaysia, Omar Raiyan bin Kama Azlan yang kini berusia 15 tahun.
Omar hanya diketahui menyertai Red Star Belgrade selepas salah seorang pemgguna Twitter yang juga merupakan kenalan kepada ayahnya, @The7thKnight berkongsi salinan surat permohonan perpindahan pemain remaja itu ke kelab Serbia tersebut.
Walaupun sebelum ini Omar Raiyan dipercayai berpengkalan di Dubai, beliau dan ayahnya kini dipercayai menetap di Belgrade selepas mendapat tawaran tersebut.
According to @The7thKnight, Omar Raiyan bin Kama Azlan is now playing for Red Star Belgrade's youth team in Serbia. The United Arab Emirates-born Malaysian is 16 years old this year. pic.twitter.com/LZCXG3NgGr
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 13, 2020
Kisah Omar dan kebolehannya pernah tular di media Malaysia beberapa tahun yang lalu.
Omar dikenali sebagai anak muda serba boleh, termasuk di dalam sukan renang, hebat bermain piano dan fasih di dalam empat bahasa termasuk Bahasa Malaysia.
Merupakan rakyat Malaysia sepenuhnya, tetapi bermastautin di luar negara bersama keluarganya selama ini, Omar kini serius mengembangkan bakatnya dalam bola sepak.
Mungkin ada yang tertanya-tanya sejauh mana kebolehan anak muda berusia 15 tahun ini? Apakah kelebihannya? Posisi manakah Omar beraksi?
Kami kongsikan sedikit apa yang telah kami temui setakat ini, dan juga hasil perkongsian @The7thKnight di Twitter.
Berdasarkan video yang dikongsikan, Omar nyata mempunyai kaki kiri sebagai kaki yang dominan. Menurut @The7thKnight, Omar beraksi di bahagian kiri serangan.
As salam
geng! Ni ade some clips of recent Omar's friendly game dgn daily drills… enjoy! 💪🇲🇾 pic.twitter.com/rOe0dj5ruc— Jusri Shari (@The7thKnight) June 13, 2020
Namun bersama Red Star Belgrade, beliau diletakkan dalam beberapa posisi berbeza oleh jurulatih kerana pemain ini masih di dalam aspek pembangunan.
Berdasarkan video dan perkongsian di atas, Omar mampu beraksi di posisi bek kiri, atau pun bek sayap dengan baik. Berdasarkan video pendek ini, Omar boleh dikatakan bijak membaca perlawanan dan gerakan pemain lawan.
— Jusri Shari (@The7thKnight) June 13, 2020
Beraksi sebagai penyerang pula, pemain ini mempunyai sepakan kaki kiri yang deras.
Carian kami di media sosial turut menemukan video yang dirakam pada 2016 pada ketika Omar masih bersama sistem akademi bola sepak Manchester City. Omar berusia 9 tahun pada ketika itu.
Dan berdasarkan video tersebut, Omar disifatkan sebagai seorang pemain muda yang mempunyai teknik yang sangat baik. Beliau juga mempunyai kebolehan teknikal yang amat baik berbanding kanak-kanak pada usianya pada ketika itu.
Di bawah ini pula video penuh salah satu perlawanan membabitkan Omar. Anda boleh menyaksikan sendiri dan membuat penilaian sendiri akan keupayaan pemain muda ini.
Apa-apa pun kita harus ingat. Omar masih lagi permain di bawah peringkat pembangunan. Masa dan ruang harus diberikan agar bakat beliau dapat dibentuk untuk pergi sejauh mungkin.
Dan Omar turut menyatakan minat beliau untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan pada masa hadapan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan sudah maklum mengenai Omar dan kedua-dua pihak akan berhubung dalam masa terdekat.
Sama-sama kita doakan perjalanan karier Omar Azlan di bumi Belgrade.
Kredit video: @The7thKnight, You Tube Kama Azlan