Lihat Reaksi Ronaldinho Apabila Diberitahu Boleh Bebas Dari Penjara

Ronaldinho jelas tidak boleh menyembunyikan kegembiraannya saat diberitahu beliau akan dibebaskan dari penjara.

Legenda bola sepak Brazil itu dipenjarakan di Paraguay bersama abangnya Roberto sejak awal Mac lalu selepas didapati bersalah memasuki negara tersebut dengan pasport palsu.

Kedua-duanua kini dibenarkan menjadi tahanan rumah selepas peguamnya menjelaskan ikat jaminan berjumlah £1.3 juta.

Hakim Gustavo Amarilla terus menghubungi bekas bintang Barcelona itu untuk memaklumkan khabar baik tersebut, sekaligus memaklumkan syarat sebagai tahanan rumah.

“Peguam anda memberi jaminan anda tidak akan menghilangkan diri, dan bahawa anda akan menghormati peraturan sebagai tahanan rumah.

“Saya perlu tahu sama ada anda benar-benar faham akan perjanjian ikat jamin ini, dan secara peribadi bersetuju denga perjanjian ini.

Bekas pemenang Ballon d’Or itu lantas menjawab,”Saya menerima,” diikuti oleh abangnya.

Ronaldinho kemudiannya melakukan ‘tanda shaka’ dengan tangannya tanda persetujuan, sambil senyuman lebar turut kelihatan di mukanya.

Ronaldinho yang turut pernah beraksi bersama AC Milan dan PSG akan ditempatkan di Hotel Palmaroga yang terletak di Asuncoin, Paraguay.

Walaupun status Ronaldinho kini bertukar sebagai tahanan rumah, penginapan di hotel tersebut dianggap amat mewah jika dibandingkan dengan penjara sebenar.

Walaupun terdapat kemudahan yang tidak boleh digunakan selepas ditutup akibat penularan wabak coronavirus, sekurang-kurangnya Ronaldinho memiliki balkoninya sendiri, smart tv 55 inchi, dan kolam mandi peribadi.

Hotel tersebut dikatakan sedang memberikan diskaun kepada tetamunya, dan preseidential suite kini dikatakan berharga £87 semalam.

 

Kongsi artikel ini