Lihat Reaksi Carragher Makan Popcorn Layan Joorabchian (Ejen Tevez) Hentam Neville Guna Statistik

Gary Neville dan ejen kepada Carlos Tevez, Kia Joorabchian meneruskan perang mulut mereka pada Jumaat selepas bekas pemain pertahanan Manchester United itu ‘down-tooling’ – sengaja tidak memberi komitmen terbaik – pada beberapa bulan terakhir pemain Argentina itu bersama kelab tersebut.

Neville membuat dakwaan tersebut pada awal minggu dengan berkata Tevez sudah tidak ada hati berada di Old Trafford pada pengakhiran musim 2008/09 sebelum melengkapkan perpindahan ke Manchester City.

Kenyataan tersebut bagaimanapun dibidas oleh Joorabchian di media sosial yang berkata ianya sepatutnya etika profesionalisme Gary Neville yang sepatutnya dipersoalkan.

Tidak banyak dalih, Neville terus menjemput Joorabchian ke program The Football Show di Sky Sports untuk meneriskan perdebatan.

Seperti dijangka, Joorabchian sebagai ejen mempertahankan klien beliau daripada segala dakwaan oleh Neville yang juga merupakan rakan sepasukan Tevez pada ketika itu.

Joorabchian bidas balik Neville

“Saya  berada di sini kerana Gary [Neville] menyatakan sesuatu yang pada pendapat saya tidak benar. Kebiasaannya saya tidak peduli,” kata Joorabchian.

“Tetapi apabila ada yang tampil dengan kenyataan yang salah terhadap seseorang, dan membiarkan sahaja tidak akan memberikan kebaikan kepada orang awam yang mendengar penipuan.

“Beliau menuduh Tevez ‘down-tooling’ dan menyifatkan aspek profesionalisme pemain ini bermasalah pada tahun kedua seperti yang dibisikkan ke telinganya.

“Saya mahu tahu siapa yang berbisik itu, dan apakah yang mereka perkatakan. Kerana melainkan ada pihak yang melakukan taping, ia mustahil untuk mengetahui apa yang mereka katakan.

“Saya mahu menjelaskan, Gary bermain empat kali [jangkaan awal Joorabchin] dalam setahun itu [tahun terakhir Tevez], tetapi sebenarnya beraksi sekali sahaja [selepas semakan] kerana kecederaan. Mustahil Gary tahu apa yang berlaku kerana hanya beraksi 10 minit [bersama pasukan].

“Kebanyakan masa beliau berada di bilik rawatan, dan pada tahun itu [tahun pertama bersama Tevez] biasanya dia bercakap perkara yang baik mengenai Carlos [Tevez].

“Kemudian, akhir sekali adalah Sir Alex Ferguson – saya hanya tahu menhormati beliau. Beliau adalah seorang pengurus yang kuat dan tahu apa yang pemainnya lakukan.

Joorabchian buktikan dengan statistik

“Jadi apabila Gary melakukan komen tersebut, ia seperti Gary mempersoalkan Sir Alex. Beliau menurunkan Carlos dalam 51 perlawanan pada musim 2008/09, Rooney 49 kali, Berbatov 44 kali.

“Gary pula bermain 29 kali pada musim tersebut. Daripada 51 perlawanan, Carlos menjaringka 15 gol, 7 assists. Berbatov 14 gol, 11 assist, Rooney 20 gol, 13 assist.

“Sir Alex tidak akan menurunkan pemain beraksi sebanyak 51 kali jika beliau tidak beraksi dengan kemampuan sebenar dan tidak profesional. Atau mungkin Gary fikir Sir Alex buta?

Tevez juga beraksi bersama Rooney dan Ronaldo diantara 2007 sehingga 2009. dan membantu kelab tersebut menjuarai Premier League selama dua musim berturut-turut selain Champions League pada 2008.

Dalam temubual panas itu, Neviile bagaimanapun sempat berkata kepada Joorabchian bahawa tiada keraguan Tevez telah terganggu oleh sesuatu yang melibatkan masa depan beliau.

Carragher buat lawak

Apabila pundit tersebut sedang cuba mempertahankan hujahnya, kamera kemudiannya menuju ke arah Jamie Carragher yang menikmati popcorn sambil melayan perbincangan panas kedua-dua individu tersebut.

Sekurang-kurangnya reaksi daripada Carragher itu membuatkan Neville dan Jooranchian bertenang sebentar dalam perbincangan yang panas itu.

Neville perrtahan kenyataan

“Ketika Krismas apabila United memilih tidak untuk memenuhi tuntutan, tiada keraguan beliau [Tevez] terganggu. Beliau bukan pemain yang sama ketika latihan, dan mulai bermuka-muka.

“Jelas sekali beliau bukan pemain yang sama seperti empat atau lima bulan sebelumnya.

“Anda sendiri boleh melihat pada musim pertama. Carlos adalah antara rangkaian tiga penyerang terbaik yang pernah saya lihat di Premier League.

“Kemudian prestasi beliau merosot pada musim kedua dan juga di Champions League. Beliau menjaringkan gol yang lebih sedikit. Pandangan saya adalah mengenai kompilasi yang beliau miliki.

“Saya sendiri melihat beliau empat atau lima bulan terakhir di kelab. Beliau adalah seorang pahlawan di padang untuk 12 bulan pertama di United , dan saya tidak pernah melihat perkara sehebat itu daripada dia, Rooney dan Ronaldo.

“Tetapi empat atau lima bilan terakhir, beliau berubah dan prestasi beliau di atas padang menjadi pertanyaan.

“Apabila saya berkata kepada mereka yang berbisik di telinga, ia adalah benar beliau dimiliki oleh pihak ketiga. Tetapi City membayar £50 juta untuk mendapatkan hak milik, dan United hanya menawarkan £25 juta.

“Saya berpendapat terdapat banyak gangguan berkenaan pemilikan pihak ketiga.

“Memang ada perkara lain yang sentiasa berada di mindanya. Empat hingga lima bulan terakhir beliau amat berubah. Bila saya berkata down-tooling, ia mungkin agak keras. Tetapi anda tidak boleh menafikan gangguan yang dihadapinya dan perubahan yang ditampilkan.”

 

Kongsi artikel ini