Manchester City memberikan penghormatan kepada juara Liga Perdana Inggeris yang baharu dengan melakukan ‘Guard of Honor’ di Etihad ketika melayan kunjungan Liverpool pada awal pagi Jumaat.
Namun antara perkara yang turut mencuri tumpuan selain daripada keputusan 4-0 memihak kepada City ialah reaksi Bernardo Silva yang seperti buat tidak tahu.
Perkara itu berlaku ketika rakan sepasukan yang lain memberikan tepukan ketika pemain Liverpool melangkah masuk ke dalam padang.
Pemain tengah dari Portugis itu merupakan pemain gantian dalam perlawanan tersebut.
Dan ketika skuad kendalian Jurgen Klopp melangkah masuk, Silva enggan bertepuk tangan sepertimana yang sepatutnya.
Berdiri di antara Phil Foden dan Nicolas Otamendi yang bertepuk tangan untuk menghormati pencapaian Liverpool, Silva kelihatan bersahaja hanya memerhati pemain lawan sambil menghirup minuman daripada cawan.
Beliau kemudiannya pantas meninggalkan barisan.
Anda boleh melihat rakaman tindakan Silva seperti di bawah:
Bernardo Silva is a Manchester City Ultra pic.twitter.com/b44GghbtfF
— ℝ𝕪𝕒𝕟 🌃 (@SuperbiaCity) July 2, 2020
Bernardo Silva is me at every family function that my Mum forced me to attend pic.twitter.com/neHrwTB2VI
— Shruti Sadbhav (@ShrutiSadbhav) July 3, 2020
Hanya seminggu selepas City ditewaskan oleh Chelsea untuk mengesahkan kejuaraan pertama di dalam tempoh 30 tahun untuk Liverpool, kelab Merseyside itu tewas pula di Etihad.
Gol hasil jaringan Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Phil Foden dan gol sendiri Alex Oxlade-Chamberlan melengkapkan kemenangan mudah yang didominasi penuh skuad kendalian Pep Guardiola.
Bernardo silva neckin his brew🤣🤣🤣🤣 couldn’t look less arsed if he tried pic.twitter.com/GojJmPg36h
— Millie🔮 (@xMILLIETAYLORx) July 3, 2020
Apa pendapat anda akan tindakan Bernardo Silva?
Adakah beliau berhak berbuat demikian? Adakah beliau tidak menggambarkan semangat kesukanan yang sewajarnya?