Cristiano Ronaldo menjaringkan dua penalti untuk mengelakkan Juventus dari kalah dalam perlawanan menentang Atalanta, dan kini lapan mata di hadapan sebagai pendahulu Serie A.
Pasukan pelawat Atalanta mendominasi perlawanan untuk tempoh masa yang lama, dan mendahului Juventus sebanyak dua kali dalam perlawanan yang diadakan di Turin ini.
π’ #StatOfTheGame | @Cristiano has scored all his last six home Serie A goals from a set piece.
πFind out more β‘οΈhttps://t.co/uqrxOkyyUJ pic.twitter.com/WsQE4t6zPE
β JuventusFC (@juventusfcen) July 12, 2020
Duvan Zapata dan Ruslan Malinoskiy adalah penjaring gol untuk Atalanta. Manakala Ronaldo pula menjaringkan dua gol dari sepakan penalti untuk Juventus meraih satu mata.
Ronaldo kini sudah menjaringkan 28 gol dari 28 perlawanan liga selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90 perlawanan.
Atalanta kini sudah menjaringkan 19 gol lebih banyak daripada mana-mana pasukan lain di Itali pada musim ini.
ATALANTA PASUKAN PALING MENGHIBURKAN DI ITALI
Pada musim lepas Atalanta gagal mara ke Liga Europa selepas tewas kepada Copenhagen dari Denmark di pusingan akhir kelayakan.
Mereka tewas melalui penentuan sepakan penalti 3-4 selepas seri 0-0 di Reggio Emilia, pada perlawanan ke-2 di Copenhagen mereka juga seri tanpa jaringan.
Another one of Atalanta's unique #passmaps.#SerieA pic.twitter.com/M86XRVMEHA
β Between The Posts (@BetweenThePosts) July 12, 2020
Bagaimanapun Atalanta cemerlang di saingan domestik apabila mara ke Liga Juara-Juara selepas menamatkan kempen Serie A di tangga ke-3 menyingkirkan Inter Milan ke tangga ke-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 69 mata.
Ia menjadi penampilan pertama dalam sejarah kelab.
Lebih manis mereka juga mara ke perlawanan akhir coppa Italia. Walaupun tewas 0-2 kepada Lazio di Rome, mereka berjaya mengalahkan Juventus 3-0 di peringkat suku akhir.
Ruslan Malinovskyi's goal against Juventus was Atalanta's 104th goal in all competitions.
That is a new club record for goals in a season!#GoAtalantaGoβ½οΈπππ€ pic.twitter.com/dDoZSMPBvR
β Atalanta B.C News (@AtalantaBC_News) July 12, 2020
Kecemerlangan itu dibawa pada musim ini, mereka menjadi pasukan paling menarik ditonton di Itali berbanding Juventus, Inter Milan, Lazio atau mana-mana pasukan.
Keputusan seri pada malam tadi meletakkan mereka di tangga ke-3 Serie A dan pasukan ini berada di landasan tepat untuk bersaing sekali lagi di Champions League pada musim hadapan.
Namun sebelum itu, Atalanta pasti tidak sabar menanti saingan daripada Paris Saint-Germain di peringkat suku akhir Champions League pada musim ini.
JUVENTUS TERPEGUN 8 MINIT 11 SAAT
Mereka mendahului dua kali dalam perlawanan ini, dalam usaha merekodkan 10 kemenangan berturut-turut.
Pusingan bijak Alejandro Gomez membenarkan Zapata membuka tirai jaringan, selepas berjaya melepasi kawalan Matthijs de Ligt dan tenang menolak bola melepasi jangkauan Wojciech Szcesny.
8 minutes 11 seconds of total Atalanta domination ππ€ pic.twitter.com/fCQeWG64MF
β Atalanta B.C News (@AtalantaBC_News) July 12, 2020
Ada sebabnya Atalanta dianggap sebagai pasukan paling menghiburkan pada musim ini. Ia bukan sahaja kerana jumlah jaringan tertinggi yang dijaringkan, tetapi juga kerana corak permainan yang berasaskan penguasaan bola.
Perhatikan klip video di bawah. Atalanta menguasai bola tanpa membenarkan pemain Jubentus menyentuh bola selama 8 minit dan 11 saat sebelum gol pertama oleh Zapata dijaringkan.
Juve failed to get a touch for 8 minutes & 11 seconds in the opposing half vs Atalanta
via @reddit pic.twitter.com/XwixyBhD4S
β JoΓ£o Umbelino (@j_umbelino) July 12, 2020
Malangnya bola terkena tangan Marten de Roon selepas itu dan ia membenarkan Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti pertama untuk menyamakan kedudukan.
Atalanta sekali lagi mendahului melalui sepakan rendah Malinovskiy untuk memberika kelebihan kepada skuad Gian Piero Gasperini pada minit ke-80 perlawanan.
Mereka bagaimanapun dikecewakan sekali lagi oleh Ronaldo yang menyempurnakan sepakan penalti apabila bola didakwa terkena tangan Luis Muriel.
Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas itu.
Β