Lihat Old Trafford Dihadiri 40,000 ‘Penyokong’, ‘The Theatre of Dreams’ Beri Penghargaan Kepada Frontliners

Manchester United bakal melalui perlawanan pertama selaku tuan rumah buat kali pertama dalam tempoh 3 bulan, apabila melayani kunjungan Sheffield United di Old Trafford pada awal pagi nanti.

Tidak ada penyokong yang dibenarkan masuk ke Theatre of Dreams. Situasi pasti berbeza dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini yang sunyi tanpa kehadiran penyokong – dalam stadium terbesar di England ini.

Sokongan 40,000 penyokong

Namun ia tidak menghalang sokongan 40,000 penyokong dari 190 negara menyatakan sokongan masing-masing di arena yang digelar sebagai ‘The Theatre of Dreams’ ini.

Sesuai dengan peraturan yang ditetapkan oleh Premier League, United telah membalut tempat duduk di tempat duduk penyokong dengan imej digital yang dihantar oleh penyokong mereka dari seluruh dunia.

Ia sekaligus menghasilkan mosaic gergasi dengan wajah-wajah penyokong di bahagian atas tempat duduk stadium, dan aras bawah East Stand dan juga Sir Alex Ferguson Stand.

Untuk mewujudkan suasana hari perlawanan sebenar, pengursan stadium turut menggunakan scarf berwarna merah. putih dan hitam yang kebiasaannya dibawa oleh majoriti penyokong ketika menyaksikan perlawanan sebenar pada banner bersaiz besar di sekeliling stadium.

Fan mosaic at Old Trafford

The stage is set for tomorrow's homecoming ❤️

Posted by Manchester United on Tuesday, June 23, 2020

Tribute kepada barisan hadapan

Pihak kelab turut tidak ketinggalan melahirkan rasa terima kasih atas usaha kakitangan barisan hadapan, termasuk pegawai kesihatan dan sukarelawan yang memberikan khidmat dengan cemerlang sepanjang tempoh sukar penularan melalui banner gergasi di bahagian bawah Sir Alex Ferguson Stand.

Manchester United turut menyatakan pendirian mereka di dalam isu perkauman, dengan banner tertulis ‘United Againts Racism’ dan mempromosi kempen yang dilancarkan oleh kelab itu menentang kebencian.

Manakala bahagian lain di Stretford End pula dedikasikan khas untuk penyokong setia United dengan kata-kata yang dipetik daripada Sir Mat Busby : ‘Football is nothing without fans’ dan ‘We can’t wait to welcome you home at Old Trafford.’

Skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer bakal berhadapan misi sukar memburu tiga mata dalam perlawanan menentang Sheffield United yang turut mengintai peluang memburu slot ke Eropah pada musim hadapan.

Dalam perlawanan pertama selepas Premier League bersambung semula sebelum ini, Manchester United sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur di tempat lawan.

Kongsi artikel ini