Lihat Montaj Istimewa Dari Juventus Rai Penampilan Ke-648 Buffon

Gianluigi Buffon memecahkan rekod Paolo Madldini pada Sabtu lalu untuk penampilan terbanyak di Serie A.

Penjaga gol berusia 41 tahun itu kini berbangga dengan rekod 648 penampilan yang pernah dilakukannya di Serie A.

Buffon adalah bekas rakan sepasukan Maldini yang bersara pada 2009 di usia 40 tahun.

Penjaga gol ikonik itu mulai beraksi di Serie A bersama Parma pada usia remaja sebelum menyertai Juventus pada 2001 dengan nilai rekod perpindahan £32.6 juta – nilai perpindahan termahal dunia untuk penjaga gol pada ketika itu.

Pelaburan tersebut bolehlah dianggap sebagai pelaburan yang berbaloi mengambil kira tempoh 17 tahun khidmat cemerlang Buffon bersama kelab berpengkalan di Turin tersebut.

Buffon memilih kekal bersama Juventus ketika kelab itu dipalit skandal rasuah dan diturunkan divisyen.

Beliau kemudiannya kembali bangkit bersama Juventus untuk meraih tujuh kejuaraan Scudetto berturut-turut sebelum memilih untuk menyertai Paris Saint-Germain pada 2018.

Selepas setahun, Buffon memilih untuk kembali ke pangkuan Juventus pada Julai tahun lalu, dan bersaing bersama Wojcoech Szczesny sebagai penjaga gol utama dalam skuad Maurizio Sarri.

Saksikan montaj khas aksi Buffon yang disediakan oleh Juventus:

Berikut adalah data daripada OPTA yang dikumpulkan untuk menjelaskan perjalanan karier penjaga gol legenda itu:

17 – Buffon melakukan debut untuk Parma pada usia 17 tahun, 295 hari pada 19 November 1995 dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 menentang Milan.

648 – Sejak daripada itu, Buffon telah melakukan 648 penampilan di saingan Serie A, termasuk perlawanan menentang Torino pada hujung minggu ini yang membenarkan beliau memintas rekod Maldini.

42 – Buffon adalah pemain ketiga tertua pernah beraksi di era tiga mata di saingan Serie A di belakang  Marco Ballotta (44 tahun, 38  hari) dan Francesco Antonelli (42 tahun, 235 hari).

23 – Musim ini adalah musim ke-23 Buffon beraksi dalam bola sepak profesional. Selepas menandatangani kontrak baharu, beliau akan terus beraksi sehingga 2020/21, iaitu musim ke-24.

247 – Giorgio Chiellini menandatangani kontrak bersama Buffon. The pertahanan tengah itu adalah pemain yang paling kerap beraksi di sisi Buffon, sebanyak 247 perlawanan.

480 – Tidak ada pemain yang pernah beraksi perlawanan Serie A untuk Juventus sebanyak Buffon lakukan iaitu 480 perlawanan. Sebelum ini, reko itu dipegang oleh Allesandro del Piero sebanyak 478 kali.

9 – Buffon telah mengumpul 9 kejuaraan Serie A, kejuaraan terbanyak yang pernah dimenangi oleh mana-mana pemain. Beliau berpeluang menjadikannya 10 kali pada musim ini.

285 – Penjaga gol veteran itu telah mengumpul 285 clean sheets dari 647 perlawanan Serie A sebelum perlawanan semalam yang merupakan satu rekod.

 

Kongsi artikel ini