Lihat Kualiti ‘Carpet Tampal’ Di Malaysia Masters Terkoyak Dan Cederakan Pemain Beregu Jepun

Hari kedua kejohanan badminton Malaysia Masters tempoh hari terus mencuri tumpuan peminat badminton tempatan.

Ia berikutan insiden salah seorang pemain beregu Jepun, Yuta Watanabe yang mengalami kecederaan akibat permaidani yang dipasang penganjur tercabut.

Insiden tersebut berlaku ketika gandingan Yuta Watanane-Arisa Higashino berhadapan wakil China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xia di dalam acara campuran

Kronologi kejadian

Pada set pertama Guo terlebih dahulu mendarat selepas lompatan di kawasan permaidani di luar gelanggang yang menyebabkannya terkoyak.

Mungkin kebetulan, pemain yang sama menyebabkan permaidani di gelanggang bertentangan turut terkoyak.

Koyakan pertama telah ditampal oleh penganjur. Ini bukan kali pertama kejadian seumpanya berlaku ketika kejohanan utama dunia diadakan di Axiata Arena, selepas ia turut berlaku ketika Terbuka Malaysia sebelum ini.

Perkara itu bagaimana pun menjadi perhatian apabila Yuta Watanabe mengalami kecederaan sehingga memerlukan rawatan.

Mujurlah kecederaan tersebut tidak menghalang gandingan Yuta Watanane-Arisa Higashino daripada meneruskan cabaran di Malaysia Masters, dan kini berjaya memasuki suku akhir pada hari ini.

Penjelasan BAM

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagaimana pun berkata pihak mereka sentiasa mengutamakan keselamatan pemain, tetapi mempertahankan insiden tersebut dan menganggap ia adalah perkara biasa yang berlaku di kejohanan dunia.

“Adakalanya disebabkan penggunaan yang lasak, perkara sebegini boleh berlaku. Tetapi pemain sudah faham akan akibatnya,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Kenny Goh kepada wartawan The Vibes.

“Ia boleh berlaku, dan pernah berlaku sebelum ini di kejohanan [antarabangsa] lain.”

Menurut The Vibes yang menyiasat perkara tersebut, pegawai daripada Pesekutuan Badminton Dunia (BWF) turut berkata insiden sebegitu adalah perkara normal.

Apabila pemain mendarat dengan impak tertentu, ia mampu mengoyakkan fabrik permaidani di tepi gelanggang.

“Ia memang normal, tetapi permaidani itu dengan mudah boleh ditampal semula.

“Permaidani yang dipakai adalah jenis kualiti yang bagus. Tetapi sebarang jenis hentaman kuat daripada pemain [ketika mendarat] tetap mampu membuatkan ia koyak.”

Kongsi artikel ini