Expand To Show Full Article
Lihat Klopp Menjadi Sebak Ketika Kongsi Kisah Kejayaan Luar Biasa Liverpool - Grandstand Kita

Lihat Klopp Menjadi Sebak Ketika Kongsi Kisah Kejayaan Luar Biasa Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ‘terpaksa’ meninggalkan wawancara bersama Sky Sports selepas menjadi emosi kerana kegembiraan membawa Liverpool mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kelab Merseyside itu disahkan sebagai juara Liga Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun selepas pesaing terdekat, Manchester City tewas 2-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge pada awal pagi tadi.

Klopp diwawancara oleh Sky Sports melalui talian video sebaik sahaja Liverpool disahkan kejuaraan, dan ia ternyata wawancara yang penuh emosi.

Ketika wawancara berada di penghujung, pengurus berusia 53 tahun itu sudah mulai gagal mengawal air mata dari mengalir dan berkata:

“Saya kehilangan kata-kata. Saya tida menyangka akan melalui perasaan [emosi] sebegini.”

Henderson: I'm so proud of what we've achieved

"We've got an amazing group and again, that's no coincidence what the manager has done with that."Jordan Henderson says he's so proud of what his Liverpool side has achieved and that it's amazing to finally get over the line. 🏆

Posted by Sky Sports on Thursday, June 25, 2020

“Saya benar-benar terharu dan tersentuh. Ia adalah…..maafkan saya semua,” ujar beliau sebelum meninggalkan bilik wawancara tersebut.

Dalam wawancara bersama Sky Sports itu, Klopp sempat melahirkan rasa terima kasih kepada Kenny Danglish dan bekas kapten, Steven Gerrard.

“Ini adalah untuk Kenny yang sudah lama menanti. Begitu juga untuk Stevie. Saya tahu betapa besar maknanya [kejuaraaan] ini kepada semua orang.”

Kapten pasukan turut tampil dalam siaran tersebut dan jelas sekali amat teruja dengan kejuaraan yang dianggap luar biasa ini.

Liverpool berjaya mengesahkan kejuaraan ketika saingan masih berbaki 7 perlawanan, dan berkemungkinan menerima ‘Guard of Honor’ ketika berhadapan Man City pada Khamis akan datang.

Tahniah Liverpool. Anda selayaknya bergelar juara pada musim ini. YNWA!!!

 

Kongsi artikel ini