Nampak gayanya bahang Luqman Hakim menyertai KV Kortrijk bukan sahaja dirasai oleh penyokong bola sepak di dalam negara.
Perkara sama turut dirasakan di Belgium apabila KV Kortrijk menyediakans satu klip khas untuk memperkenalkan Luman Hakim kepada penyokong mereka.
Dalam satu majlis menandatangani kontrak yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka ibu negara pada hari ini, Luqman Hakim sah menyertai KV Kortrijk dengan kontrak selama 5 tahun.
And it´s official! Welcome Luqman Hakim🇲🇾🔴⚪🔥 pic.twitter.com/KEoV1r3ggW
— Kv Kortrijk Fans! (@KvKortrijkFans) August 6, 2020
Termeterainya kontrak tersebut bermakna Luqman menjadi pemain produk Akademi Bola Sepak Dahari (AMD) hasil daripada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang pertama bakal beraksi di Eropah.
Sebelum ini masa depan Luqman menjadi tanda tanya ramai pengikut bola sepak tanah air setelah beliau dikatakan telah mengikat kontrak bersama Selangor.
Malah tahap kecergasan pemain itu turut dipersoalkan untuk terus beraksi di Belgium, sehingga dikatakan menyertai Selangor untuk memulihkan tahap kecergasan sebelum menyertai Kortrijk.
🔺WELCOME LUQMAN 🔺
🇲🇾 Hakim joins KV Kortrijk and signs a 5-year contract!
🔴⚪️ #WelcomeHakim pic.twitter.com/XxubbYKYXD
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 6, 2020
Perbincangan di antara KV Kortrijk dan Selangor akhirnya menemukan titik persefahaman apabila Selangor rela melepaskan penyerang skuad B-19 negara itu kepada Kortrijk dengan beberapa syarat yang dipersetujui diantara kedua-dua pihak.
Luqman yang menyerlah dalam beberapa kejohanan peringkat umur, turut disenaraikan sebagai bersama dengan bintang sensasi Borussia Dortmund – Erling Haaland, Jadon Sancho dan juga juara La Liga – Vinicius Jr. untuk Anugerah Golden Boy Majalah 433 baru-baru ini.
Selain Luqman, antara nama besar lain ialah bintang Man City, Phil Foden, Mason Greenwood (Man United), Takefusa Kubo (Real Madrid), Ansu Fati (Barcelona), Callum Hudson Odoi (Chelsea), Rodrygo (Real Madrid), Sandro Tonali (Brescia), Ryan Sessegnon (Spurs), dan ramai lagi.