Lihat Kenapa Lloris Baran Dengan Son Heung-Min Sampai Nak Bergaduh

Jose Mourinho mungkin menarik nafas lega apabila pengadil perlawanan Graham Scott meniup wisel menandakan tamatnya saingan babak pertama perlawanan di Stadium Tottenham Hotspur.

Tottenham mendahului Everton 1-0 pada ketika itu selepas gol sendiri Michael Keane.

Spurs medominasi saingan babak pertama. Pasukan tuan rumah itu berjaya menghasilkan lapan percubaan, berbanding Everton hanya satu.

Spurs bergelut

Adakah ini bermakna Spurs selesa dalam perlawanan ini. Jawapannya tidak.

Anda boleh menilai sendiri apabila insiden melibatkan Hugo Lloris dan Son Heung-min berlaku.

Kedua-duanya bertengkar ketika sedang berjalan menuju ke bilik persalinan pemain pada waktu rehat babak pertama sehingga melibatkan insiden tolak menolak.

Malah kedua-duanya terpaksa ditenangkan oleh rakan sepasukan lain yang berada berdekatan.

Anda boleh milihat insiden tersebut melalui perkongsian oleh Sky Sports di bawah ini:

Tidak ada siapa tahu apakah yang mendorong Lloris begitu marah dengan Son pada mulanya.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Dan pada waktu rehat itu Sky Sports menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.

Rupa-rupanya Lloris marah kerana kelalaian oleh Son yang menyebabkan Spurs hampir dihukum.

Pada babak akhir perlawanan separuh masa pertama, Son hilang bola dengan mudah sekali untuk membenarkan Richarlison memperolehi peluang melakukan percubaan.

Video di bawah ini menampilkan percubaan daripada Richarlison yang berpunca dari Son kehilangan bola pada awalnya.

 

Mujurlah percubaan daripada pemain antarabangsa Brazil itu tidak tepat ke sasaran.

Bagaimanapun ia tidak menghalang Lloris rasa geram terhadap rakan sepasukannya dari Korea Selatan itu.

Son dan Lloris dah berdamai

Insiden tersebut tidak berpanjangan. Kedua-dua pemain telah berdamai sebelum bermulanya babak kedua perlawanan.

Tidak ada masalah sebenarnya jika ada pemain menampilkan kesungguhan seperti yang dilakukan oleh Lloris.

Ramai penyokong Spurs risau dengan prestasi semasa skuad Jose Mourinho.

Namun pengendali dari Portugal itu memberi jaminan pasukan tersebut memiliki pemain yang betul untuk terus melangkah ke hadapan pada musim-musim mendatang.

 

Kongsi artikel ini