Expand To Show Full Article
Lihat Kemewahan Jet Peribadi Lionel Messi Yang Bernilai RM64.8 Juta - Grandstand Kita

Lihat Kemewahan Jet Peribadi Lionel Messi Yang Bernilai RM64.8 Juta

Laporan oleh Forbes pada tahun lalu menyatakan Lionel Messi sebagai pemain yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia.

Dibayar tidak kurang £500,000 seminggu oleh kelabnya Barcelona, Messi dianggarkan memperolehi £102.4 juta setahun.

Dengan wang sebanyak itu Messi berkemampuan membeli apa sahaja, termasuklah sebuah jet peribadi.

Baru-baru ini Lionel Messi dilaporkan telah menempah sebuah jet peribadi yang memiliki rekaan khas.

Menurut laporan Goal yang memetik laporan laman sesawang Doble Amarilla, jet tersebut mempunyai rekaan dalaman mewah yang disediakan oleh sebuah syarikat dari Argentina.

Dikhabarkan Messi telah memajak hak untuk menggunakan jet tersebut, dan tidak membelinya secara langsung. Namun pelaburan yang dilakukan oleh Messi itu tampak berbaloi dengan nilai yang dilaburkan.

Jet peribadi bernilai £12 juta itu turut didatangkan dengan dengan tulisan No.10 pada bahagian belakang, dan nama setiap anggota keluarganya pada tangga memasuki pesawat.

Jet tersebut adalah pesawat model 2004 Gulfstream V, turut memiliki dapur, dua bilik mandi, dan 16 tempat duduk yang boleh diubah kepada lapan katil untuk sesiapa sahaja yang mahu melelapkan mata ketika penerbangan.

Messi disifatkan oleh bekas penjaga gol Barcelona, Jasper Cillessen sebagai seorang pemain yang sentiasa memberikan yang terbaik walaupun ketika latihan.

Namun ia tidak semestinya membuatkan pemain lain menjadi pemain yang lebih baik ketika berlatih bersamanya.

“Adakalanya ya, dan adakalanya tidak,” kata Cillessen.

“Messi tetap adalah Messi. Beliay boleh menjadikan anda seorang penjaga gol yang lebih baik. Pada masa yang sama kemampuan beliau boleh menyebabkan anda meragui kemampuan anda sendiri.

 

Kongsi artikel ini