Lihat Kemalangan Ngeri Tour de Poland Sebabkan Pelumba Belanda Bertarung Nyawa

Fabio Jakobsen terpaksa diletakkan di dalam keadaan koma pada Rabu setelah mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dada berikutan kemalangan di pusingan akhir Tour de Poland.

Keadaan semasa pelumba Deceuninck-Quick-Step itu disahkan sendiri oleh penganjur yang memantau rapi keadaan pelumba basikal itu.

Jakobsen merempun penghadang di tepi trek perlumbaan pada ketika sedang bersaing menuju ke garisan penamat untuk mendapatkan posisi dengan Dylan Groenewegen dari Team Jumbo-Visma.

Jakobsen terpaksa diterbangkan ke hospital dalam keadaan parah dan terpaksa diletakkan ke dalam keadaan koma oleh pakar perubatan akibat kecederaan di kepala dan dada.

Namun demikian doktor yang merawat Jakobsen berkata keadaan pelumba itu stabil buat masai ini walaupun harus berada di Unit Kawalan Rapi. Jakobsen turut memerlukan pembedahan di bahagian muka dan tengkorak.

“Ia adalah kecedeaan kepada kepala yang melibatkan trauma kepada otak. Kami akan melakukan apa yang terdaya secepat mungkin,” kata seorang doktor yang merawat Jakobsen.

“Masalah terbesar sekarang ialah berkenaan intubasi kerana terdapat trauma besar pada bahagian palate (lelangit tengkorak), dan pendarahan yang banyak.

“Keadaan kesihatan beliau amat serius dan ia begitu mengancam nyawa.”

Kemalangan ngeri itu berlaku apabila Jakobsen memecut di peringkat akhir perlumbaan dan bersaing satu lawan satu dengan rakan senegara Dylan Groenewegen.

Dalam keadaan bersaing secara rapat pada ketika itu Groenewegen kelihatan seperti menghimpit Jakobsen.

Situasi itu menyebabkan Jakobsem merempuh papan iklan dan penghadang laluan menyebabkan keadaan huru hara turut melibatkan pelumba lain.

Groenewegen kemudiannya diumumkan sebagai pemenang perlumbaan bersama Marc Sarreau dan Luka Mezgec yang turut berada di podium – sebelum Groenewegen hilang kelayakan.

Kenyataan dari Kesatuan Pelumba Antarabangsa (UCI) menyalahkan aksi bahaya Dylan Groenewegen yang menjadi punca kemalangan Fabio Jakonsen.

 

 

Kongsi artikel ini