Lihat Gol Voli Penyerang 38 Tahun SPAL Yang Lemaskan Donnarumma

Rossoneri memberikan permulaan kepada Lucas Paqueta dan meletakkan Zlatan Ibrahimovic di bangku pemain simpanan dalam perlawanan ini.

Stefano Pioli mahuka kemenangan ketiga berturut-turut di Serie A menentang SPAL yang berada di kedudukan terbawah bergelut dengan kecederaan pemain utama.

Babak awal perlawanan menyaksikan Ante Rebic dikecewakan oleh sentuhan pertamanya sendiri sehingga gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Walaupun di atas kertas Milan dilihat sebagai pasukan yang lebih kuat, ianya SPAL yang memperolehi pendahuluan selepas Mattia Valoti berjaya menyambar bola muntah dari jarak dekat dalam situasi kelam kabut di hadapan gawang Milan.

Gol pendahuluan SPAL pada minit ke-13 perlawanan itu mengundang respon daripada Milan.

Hakan Calhanoglu melakukan satu lencongan yang ditepis keluar oleh Karol Letica dan tandukan Paqueta pula sekadar berakhir di sisi jaring.

Dan secara tiba-tiba Milan sekali lagi dikejutkan oleh gol yang tidak dijangka-jangka dari SPAL.

Kali ini melalui rembatan voli cantik dari pemain berusia 38 tahun, Sergio Floccari yang langsun tidak memberikan peluang kepada Donnarumna di hadapan gawang Milan.

Berpunca daripada tandukan Bryan Dabo yang melantun di atas permukaan padang, ia disusuli dengan rembatan oleh Floccarri yang melihat Donnarumna sedikit keluar dari posisi sepatutnya untuk memerangkap penjaga gol Itali itu.

SPAL bagaimanapun beraksi dengan 10 pemain apabila Marco D’Alessandro melakukan terjahan liar ke ata Theo Hernandez sebelum tamat babak pertama saingan.

Milan mencuba sebaik mungkin menggunakan kelebihan pemain yang mereka ada pada babak kedua.

Zlatan Ibrahimovic dimasukkan untuk Ante Rebic dan tandukan pemain dari Sweden itu sedikit tinggi. Leao akhirnya memecah kebuntuan untuk Milan selepas menghukum clearance lemah dari Letica.

SPAL bernasib malang apabila Francesco Vicari tergelincir dan tidak sengaja menyepak masuk hantaran lintang Saelemaekers ke dalam gol sendiri untuk gol penyamaan Milan.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata.

 

 

Kongsi artikel ini