Expand To Show Full Article
Lihat Gol Trademark Worldie Cristiano Ronaldo Bantu Juventus Hampiri Kejuaraan - Grandstand Kita

Lihat Gol Trademark Worldie Cristiano Ronaldo Bantu Juventus Hampiri Kejuaraan

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol trademark menakjubkan dari jarak jauh untuk membantu Juventus menewaskan Genoa 3-1 di saingan Serie A pada awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut turut memberikan kedudukan selesa kepada Juventus di persada Serie A dalam misi memburu kejuaraan kesembilan berturut-turut.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu mungkin sudah jarang menghasilkan gol-gol menakjubkan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Namun dalam perlawanan menentang Genoa, Ronaldo sekali lagi mengingatkan kita kualiti yang beliau miliki selama ini.

Dalam kemenangan 3-1 ini bekas bintang Real Madrid dan Manchester United ini mengutip bola di kawasan tempat lawan sebelum melarikannya di ruang terbuka yang dibiarkan lawan.

Ia diikuti dengan rembatan dari luar kotak penalti yang diterjemahkan kepada jaringan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Perlawanan ini sebenarnya dihiasi oleh gol-gol cantik, walaupun jaringan Ronaldo menjadi tumpuan utama dalam kemenangan oleh skuad Maurizio Sarri.

Paulo Dybala terlebih dahulu melerakkan Juventus di hadapan pada minit ke-50 selepas menggelecek beberapa pemain lawan di dalam kotak penalti, sebelum melencongkan bola mengatasi penjaga gol di sebelah penjuru bawah tiang gol.

Selepas Ronaldo menjadikan kedudukan 2-0, giliran pemain gantian Diego Costa menghiburkan penonton di televisyen dengan rembatan melencong dari jarak jauh yang langsung tidak memberikan peluang kepada penjaga gol.

Andrea Pinamonti menjaringkan sati gol untuk Genoa, tetapi ia sudah terlalu lambat untuk menyekat skuad kendalian Maurizio Sarri.

Kongsi artikel ini