Lihat Gol Sulung Spektakular Cristiano Ronaldo Ketika Debut Sebagai Pemain Profesional

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan banyak gol sejak bergelar pemain profesional. Tetapi bagaimanakah gol sulung bintang dari Portugal tersebut dijaringkan?

Karier Ronaldo bermula bersama Sporting Lisbon, sebelum beliau disambar oleh Manchester United. Sejak daripada itu, Ronaldo yang turut meraih pelbagai gelaran bersama Real Madrid, dan kini Juventus tidak pernah menoleh ke belakang lagi.

Karier beliau sejak berhijrah ke Old Trafford sering menjadi ikutan. Tetapi tahukah anda sebelum itu Ronaldo turut pernah tampil dalam 31 perlawanan untuk Lisbon?

Secara keseluruhan, Ronaldo telah menjaringkan lima gol dan selain dari menghasilkan lima bantuan gol dari 31 perlawanan bersama Lisbon, sebelum menyertai United pada 2003.

Video bagaimana Ronaldo memberikan masalah kepada barisan pertahanan United dalam satu perlawanan persahabatan, dan bagaimana perlawanan tersebut meyakinkan Sir Alex Ferguson untuk terus memikat Ronaldo yang masih Ronaldo sememangnya kerap kali ditonton.

Tetapi bagamana pula video yang menunjukkan gol sulung Ronaldo di penampilan pertamanya di peringkat senior bersama Lisbon?

Video perlawanan menentang Real Betis ini menunjukkan gol spektakular oleh Ronaldo pada penampilan pertamanya bersama skuad senior Lisbon.

Masih begitu muda pada usia remaja pada ketika itu, Ronaldo berlari menewaskan seorang pemain pertahanan, berjaya menggelecek penjaga gol, sebelum memastikan bola mengegarkan jaring dari sudut yang agak sukar.

Gol tersebut ibarat petanda kepada apa yang boleh dijangkakan daripada Ronaldo pada ketika itu.

Rakaman video tersebut juga sedikit melucukan kerana pengulas merujuk Ronaldo sebagai ‘Custudio’ – rakan sepasukan Ronaldo di Lisbon 18 tahun yang lalu.

Pautan YouTube di bawah pula adalah gol kompetitif pertama oleh Ronaldo bersama setiap pasukan yang beliau pernah sertai.

Debut kompetitif Ronaldo di Primeira Liga adalah dalam perlawanan menentang Moreirense dan beliau menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menang 3-0.

Namun ia bukanlah menghairankan mengapa pengulas boleh melakukan kesilapan kerana tidak ada siapa pun yang mengenali siapa Cristiano Ronaldo pada ketika itu.

Ia adalah perkara yang jauh berbeza jika dibandingan dengan hari ini. Pada hari ini Ronaldo adalah atlet paling terkenal di dunia.

Laman Instagram beliau sahaja memiliki 200 juta pengikur, menjadikan beliau manusia paling ramai diikuti di platform media sosial itu.

Satu perkara yang pasti, tidak ada siapa pun yang akan tersilap identiti mengenai Ronaldo lagi selepas ini.

Kongsi artikel ini