Apakah signifikannya tarikh 1 Mei kepada setiap dari kita?
1 Mei adalah cuti umum sempena Hari Pekerja di Malaysia. Selain daripada itu, ia mungkin tidak membawa makna besar kepada kita melainkan anda dilahirkan pada tarikh tersebut.
Namun 15 tahun yang lalu, tarikh yang sama menandakan ketibaan salah seorang pemain bola sepak terhebat dunia, iaitu Lionel Messi.
Pada 1 Mei 2005, pemain kelahiran Argentina ini menjaringkan gol sulung beliau untuk skuad senior Barcelona. Bola sepak tidak pernah sama lagi sejak daripada itu.
Pada ketika yang sama mereka yang menyaksikan perlawanan di Nou Camp pasti boleh menjangkakan Messi yang berusia 17 tahun dan memakai jersi No.30 pada ketika itu akan menjadi salah seorang pemain terbaik dunia bola sepak pernah saksikan.
Dalam perlawanan menentang Albacete itu, Messi dimasukkan pada minit ke-87 perlawanan oleh Frank Rijkaard untuk menggantikan Samuel Eto’o.
1️⃣5️⃣ years since Leo #Messi ALMOST scored his FIRST EVER GOAL for Barça!
But…did he end up scoring? 😉 pic.twitter.com/Fw9C4nYTqn
— FC Barcelona (from 🏠) (@FCBarcelona) May 1, 2020
Barcelona mendahului perlawanan dengan kedudukan 1-0.
Hanya beberapa minit selepas itu, Messi berjaya meletakkan bola ke dalam gawang pasukan lawan selepas menerima hantara daripada Ronaldinho.
Malangnya jaringan tersebut dibatalkan kerana offside. Ia bukan satu-satunya peluang yang hadir buat Messi dalam perlawanan itu.
Beberapa minit kemudian, Messi berjaya menyambut satu lagi hantaran dari Ronaldinho, sebelum Messi melambungkan bola melangkaui jangkauan penjaga gol.
Messi berlari dan melompat ke bahagian belakang Ronaldinho untuk meraikan jaringan tersebut – imej yang akan kekal terpahat dalam sejarah bola sepak dunia.
Jadi apa berlaku selepas 15 tahun? Tidak. Kita bukan bercakap mengenai tindakan BNM u-turn mengenai faedah morotarium pinjaman kenderaan.
15 years to the day since a baby-faced Leo Messi scored his first ever goal for Barcelona. He’s scored another 626 since then, obviously. pic.twitter.com/0I8B8Zjw6t
— Regista (@Regista) May 1, 2020
Masih mengenai Messi. Sepanjang tempoh 15 tahun ini beliau terus menjaringkan 626 gol daripada 718 penampilan. Sepanjang tempoh itu juga, Messi membolot enam Anugerah Ballon d’Or.
Beliau membantu Barcelona memenangi 34 kejuaraan – termasuk 10 kejuaraan La Liga dan empat Champions League.
Messi akan berusia 33 tahun pada bulan hadapan, namun buat masa ini kelibat beliau masih menjadi igauan setiap pemain pertahanan lawan.
Sebelum saingan La Liga ditangguhkan pada Mac lalu, Messi telah menjaringkan 19 gol dari 22 perlawanan La Liga sepanjang musim 2019/20.
Sudah tentu kita menjangkakan Messi akan terus beraksi di tahap tertinggi untuk beberapa tahun lagi.