Lihat Gol Lencongan Deras Mertens, Gattuso Anggap Barcelona Sekadar Buat Geli

Barcelona mencuri kelebihan gol di tempat lawan dari Sao Paolo selepas sekadar mencatat keputusan seri 1-1 di perlawanan pertama menentang Napoli di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pemain antarabangsa Belgium mencuri tumpuan apabila terlebih dahulu meletakkan Napoli di hadapan sekali gus memberikan tekanan kepada Barcelona.

Penyerang berusia 32 tahun itu melencongkan bola dari luar kotak penalti untuk menerjah ke sebelah kiri M. ter. Stegen.

Gol yang hadir pada minit ke-30 itu menjadikan Mertens sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman secara bersama untuk Napoli.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Marek Hamsik dengan jumlah 121 gol.

Barcelona bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan melalui Antoine Griezmann selepas pemain antarabangsa Perancis itu menyempurnakan hantaran Nelson Semedo.

Barcelona menamatkan aksi di perlawanan ini dengan 10 pamain selepas Arturo Vidal diarahkan keluar padang pada babak akhir permainan.

Minit ke-89, Vidal mengasari Fabian Ruiz. Selepas Ruiz memberikan tindak balas, Vidak menolak kepalanya ke arah muka pemain Napoli itu.

Insiden tersebut menyebabkan Vidal menerima dua layangan kad kuning secara berturut-turut.

Perlawanan timbal balik di Nou Camp akan berlangsung pada 18 Mac, dan gergasi Catalan itu juga akan beraksi tanpa kelibat Sergio Busquets.

Busquets menerima layangan kad kuning ketiganya dalam pertandingan ini selepas mengasari Mertens pada babak awal separuh masa kedua.

Barcelona juga turut mempunyai masalah kecederaan untuk diperhatikan selepas Gerrard Pique terhincut-hincut pada pada babak akhir perlawanan kerana kecederaan buku lali.

Napoli terlepas peluang keemasan untuk mengembalikan pendahuluan, namun Marc-Andre ter Stefen cemerlang menyelamatkan percubaan Lorenzo Insigne dan Jose Callejon.

“Barcelona tidak ‘memusnahkan’ kami, mereka hanya buat geli,” kata pengendali Napoli.

“Hanya ada satu momen berlaku kesilapan, dan mereka berjaya menghukum kami.”

Kapten Napoli, Lorezo Insigne pula menambah: “Kami sepatutnya boleh menang. Kerana itu kami sedikit kecewa. Ia amat beremosi apabila berhadapan pemain seperti Messi.”

 

 

 

Kongsi artikel ini