Cristiano Ronaldo telah menjaringkan banyak gol sensasi sepanjang sembilan tahun bersama Real Madrid.
Dalam 438 perlawanan aksi beliau bersama Los Blancos merentas semua pertandingan, Ronaldo telah merekodkan sejumlah 450 jaringan kesemuanya.
Bintang dari Portugal itu turut menghasilkan 131 bantuan gol, yang memberikan purata penglibatan 1.33 gol di setiap perlawanan.
4 May 2014 | Ronaldo scored La Liga's Goal of the Season with an insane backheel against Valencia. pic.twitter.com/KisUhCNKNO
โ HALA MADRID (@RMadridCastilla) December 28, 2014
Daripada jumlah jaringan yang telah dihasilkan itu, Ronaldo telah menghasilkan banyak gol sensasi yang akan dikenang oleh kelab dan penyokong zaman berzaman.
Baik jaringan tersebut dihasilkan melalui percubaan jarak jauh, gol solo, mahu pun sepakan percuma, kesemuanya pernah dihasilkan oleh Ronaldo ketika beliau masih berpengkalan di Santiago Bernabeu.
Tetapi salah satu jaringan yang dihasilkan pada Mei 2014, seperti kurang mendapat penghargaan dan tidak menjadi sebutan.
๐ฆ๐ถ๐ ๐๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ ๐ฎ๐ด๐ผ ๐๐ผ๐ฑ๐ฎ๐ ๐ #onthisdayPA 2014
Cristiano Ronaldoโs outrageous finish earns Real Madrid a point against Valencia
โ Sean Gillen ๐ต๐น (@SeanGillen9) May 4, 2020
Gol tersebut dihasilkan pada era Carlo Ancelotti, dan dalam perlawanan di mana Real Madrid bergelut menentang Valencia.
Ronaldo menjaringkan gol penyamaan untuk Real Madrid pada minit ke-90 perlawanan.
Bagaimana jaringan dilakukan? Dengan teknik back-heel terbang.
Tidak mudah melakukan aksi sedemikian. Untuk menghasilkan gaya athletic sebegitu adalah satu perkara. Untuk melakukannya dan memastikan bola menerjah jaring dengan ketepatan adalah luar biasa.
Jaringan tersebut memastikan Real Madrid tidak kalah, dan berjaya menghasilkan keputusan seri 2-2 menentang Valencia di Bernabeu.
Namun pada musim itu, Real Madrid tewas kepada Atletico Madrid untuk kejuaraaan La Liga.
Namun Ronaldo dan Real Madrid membalas dendam menewaskan seteru setempat mereka di perlawanan akhir Champions League pada tahun yang sama.
Ketinggalan satu gol, Real bangkit menewaskan Atletico 4-1 di Lisbon, dan Ronaldo menjaringkan gol dari sepakan percuma pada masa tambahan.
Ronaldo menamatkan musim 2013/14 dengan menghasilkan 51 gol dari 47 perlawanan, dan gol sensasi menentang Valencia harus dikenang sebagai salah satu gol menarik yang pernah dihasilkan oleh kapten skuad kebangsaan Portugal ini.
ย