Pertembungan Ederson dan rakan sepasukannya Eric Gracia ketika Manchester City menewaskan Arsenal 3-0 semalam kelihatan lebih mengerikan dalam rakaman gerak perlahan.
Penjaga gol dari Brazil itu meluru keluar dari garisan golnya pada babak akhir perlawanan, dengan momentum dari Ederson dilihat menghentam Eric Gracia dengan impak yang kuat.
Garcia kemudiannya terpaksa diusung keluar dengan bantuan pernafasan sebelum dikejar ke hospital, dan menyebabkan masa tambahan 11 minit selepas pasukan perubatan mengambil masa untuk memberikan bantuan kecemasan di atas padang untuk pemain pertahanan itu.
That Garcia tackle looks even worse in slow motion pic.twitter.com/Chry5LcK4O
— Graeme McGaughey (@gmcgaughey) June 17, 2020
Rakaman gerak perlahan ini pula adalah bukti impak tersebut lebih teruk daripada apa yang kelihatan sebelum ini.
Pep Guardiola turut melahirkan kerisauannya terhadap bekas produk akademi Barcelona itu ketika temuramah selepas perlawanan, namun mendedahkan pemain berusia 19 tahun itu berada dalam keadaan sedar sebelum dikejarkan ke hospital.
— Graeme McGaughey (@gmcgaughey) June 17, 2020
Garcia akhirnya dibenarkan hospital lewat petang semalam sebelum dibawa kembali ke akademi bola sepak kelab tersebut.
Ederson turut melahirkan kekesalannya terhadap insiden yang tidak disengajakan, dan berkongsi gambar kedua-duanya berjabat tangan pada pagi tadi.
Perlawanan menentang Arsenal merupakan penampilan ketujuh Liga Perdana Inggeris buat Garcia, dan aksi pemain muda itu mendapat pujian Guardiola.
Ederson: "Well and back 🙏🏻💙" [IG] pic.twitter.com/Y0XH3lrOMB
— Man City Report (@cityreport_) June 18, 2020
“Eric kini sidah kembali shat,” ujar Guardiola kepada laman sesawang Manchester City.
“Beliau amat bijak mengawal garisan pertahanan. Ia tidak pernah mudah untuk bermain bersemuka dengan Aubameyang.
Beliau berlatih dengan baik dan kami juga cuba untuk bekerja dengan Juanma [Lill] dan Rodolfo [Borrell] sepanjang tempoh ini.
Eric Garcia has been released from hospital after suffering an injury during last night’s Premier League win over Arsenal.
Eric will be monitored in the coming days, ahead of a return to training and competitive action.
Everyone at City wishes Eric a speedy recovery 💙 pic.twitter.com/r9dNRBSm6B
— Manchester City (@ManCity) June 18, 2020
“Beliau juga amat memahami. Musim ini, terutama pada musim sejuk, beliau beraksi dengan baik. Beliau tidak melakukan kesilapan. Beliau sering fokus.
“Dalam perlawanan ini, kami sedar akan dinamiknya pemain pasukan lawan. Tetapi beliau memahami posisi dan gerakan.
“Untuk perlawanan ini, kami berfikir ia adalah keputusan yang tepat membenarkan Garcia beraksi bersama Laporte dan gandingan tersebut nyata berkesan.”