Lihat Flying-Kick Ansu Fati Yang Membawa Padah Kad Merah, Salah VAR?

Barcelona kini terlibat dalam satu lagi keputusan membabitkan VAR apabila pemain remaja, Ansu Fati dilayangkan kad merah selepas semakan video dilakukan.

Pemain remaja berusia 17 tahun itu baru lima minit berada di atas padang dalam perlawanan derbi menentang Espanyol.

Jaringan berada pada kedudukan 0-0 ketika insiden berlaku, tatkala hanya kemenangan akan memastikan Barcelona terus mengikuti rapat pendahulu Real Madrid di tempat teratas liga.

Ansu Fati dipersalahkan pengadil kerana melakukan terjahan ala ‘flying-kick’ terhadap pemain Espanyol, Fernando Calero.

Kedudukan kaki Fati yang tinggi dan melayang pada ketika itu yang singgah pada kaki Calero tidak membantu keadaan.

Keputusan pengadil tersebut menyebabkan misi Barcelona mengekalkan kejuaraan pada musim ini bertambah menjadi lebih sukar.

Dan sudah tentu Setien bertanggapan kad merah terhadap Ansu Fati itu sebagai tidak adil.

Mujurlah selepas itu pemain Espanyol, Pol Lozano turut diarahkan keluar padang akibat kekasaran terhadap Gerrard Pique – selang 2 minit insiden melibatkan Ansu Fati.

Barcelona menang perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Luis Suarez selepas kejadian layangan dua kad merah tersebut.

Sebelum perlawanan lahi jurulatih Barcelona, Quique Setien berkata terdapat banyak situasi pelik membabitkan VAR.

Sehubungan itu beliau menuntut penggunaan teknologi tersebut ditambah baik pada masa hadapan.

Pada hujung minggu lalu, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengadu semua keputusan sejak bermulanya kembali saingan telah memihak kepada Real Madrid.

Skuad kendalian Zinedine Zidane sebelum itu menewaskan Athletic Club 1-0 melalui sepakan penalti lewat perlawanan.

 

 

Kongsi artikel ini