Lihat Diping Shot Hakan Calhanoglu Bantu Milan ‘Outclassed’ Lazio

Zlatan Ibrahimovic sekali lagi on target untuk membantu AC Milan menewaskan Lazio 3-0 di Stadium Olimpico pada awal pagi tadi.

Keputusan tersebut sudah pasti menjejaskan harapan Lazio bersaing dengan Juventus untuk memburu Scudetto.

Juventus kini memiliki kelebihan tujuh mata di puncak liga selepas menang 4-1 ke atas Torino, dan Lazio pula gagal mendekarkan jurang mata ketika bertemu Milan.

Lazio tidak tewas dalam 16 perlawanan di tempat sendiri sejak Mei 2019 sehingga ke perlawanan ini.

Gol pembukaan Hakan Calhanoglu paling mencuri tumpuan apabila ‘diping shot’ daripada luar kotak penalti menjunam ke dalam gawang Lazio untuk gol pembukaan.

Kemudian giliran Zlatan Ibrahomovic mencatatkan nama sebagai penjaring apabila sepakan penalti yang diambilnya lolos di celah ketiak penjaga gol.

Ante Rebic pula melengkapkap kemenangan Milan dengan penyudah klinikal pada babak kedua perlawanan, sekaligus merancakkan pemburuan Milan untuk slot ke pertandingan eropah pada musim depan.

Lazio yang beraksi tanpa penjaring terbanyak, Ciro Immobile gagal memperolehi jaringan dan tewas buat kali kedua dalam 25 perlawanan terakhir yang pasukan itu lalui.

Calhanoglu meneruskan prestasi baiknya sejak sainga liga disambung semula. Walaupun rembatan beliau sedikit terbias daripada Marco Polo, jaringan itu tetap dianggap sebagai menarik.

Ibrahimovic pula menyaksikan satu gol yang dijaringkan beliau dibatalkan kerana offside.

Namun beliau tidak perlu lama untuk menebus kehampaan melalui sepakan penalti selepas bola lintang Alexi Saelemaekers mengenai lengan StefanRadu.

Manuel Lazzari menjangkakan beliau berjaya merapatkan jurang selepas babak kedua bermula, namun gol Lazio itu dinafikan oleh bendera offside, sebelum Rebic menyempurnakan gol ketiga.

Milan sepatutnya mampu menambah satu lagi gol, tetapi kegagalan Theo Fernandez gagal menyempurnakan peluang terhidang.

 

Kongsi artikel ini