Lihat Detik Istimewa Pemain Liverpool Nanti Saat Bergelar CHAMPION!!!

Pemain Liverpool bagaikan berpesta saat Willian menyempurnakan sepakan penalti untuk Chelsea menewaskan Man City pada awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp disahkan juara Liga Perdana Inggeris yang baharu – yang pertama dalam tempoh 30 tahun – tanpa perlu menyepak bola selepas Chelsea menang 2-1 di Stamford Bridge.

Pemain-pemain Liverpool yang jelas kelihatan meraikan kejayaan tersebut di dalam video yang tersebar adalah Virgil van Dijk, Roberto Firmino, Alisson Becker dan Alex Oxlade-Chamberlain dipercayai yang melakukan rakaman.

Suasana luar biasa dengan pemain Liverpool melakukan countdown menunggu wisel penamat turut terakam.

Walaupun penularan wabak belum lagi selesai, ia tidak menghalang penyokong turut berkumpul di Anfield untuk meraikan berakhirnya penantian 30 tahun untuk kejuaraan pertama Liga Inggeris.

Liverpool kini disahkan juara dengan baki tujuh perlawanan lagi untuk dimainkan pada musim ini.

Christian Pulisic membuka tirai jaringan untuk Chelsea sebelum Kevid de Bruyne menyamakan kedudukan pada babak kedua dengan sepakan percuma cantik.

Namun City kemudiannya beraksi dengan 10 pemain apabila Fernandinho menaham bola dengan dengan tangan.

Willian kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti untuk memberi tiga mata berharga untuk Chelsea.

Pengurus City, Pep Guardiola tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Liverpool dan Jurgen Klopp selepas itu.

Mengenai barisa pemain yang diturunkan untuk perlawanan tersebut, Guardiola berkata:

β€œSaya mempunyai beberapa pilihan. Kami berhadapan dengan beberapa kecederan,” kata beliau kepada BT Sport.

β€œKami sudah memang tidak akan bergelar juara. Tetapi kami tidak boleh menafikan ini adalah minggu yang sukar.

β€œTahniah kepada Liverpool. Mereka sudah bergelar juara. Dari segi kedudukan untuk slot Champions League, kami berada di kedudukan baik. Piala FA juga menjadi pertandingan yang amat penting. Kami membariskan tiga atau empat pemain dari akademi di bangku pemain simpanan.”

Β 

Kongsi artikel ini