Bilakah kali terakhir Danny Welbeck menjaringkan gol?
Sukar sebenarnya untuk mengingati bilakah bekas penyerang Manchester United dan Arsenal ini kali terakhir menjaringkan gol tanpa melakukan carian.
Carian kami akhirnya menemukan jawapannya.
Betulkan kami jika ianya salah. Kami akui sudah lama tidak mengikuti perkembangan beliau.
Danny Welbeck has scored a Premier League goal for the first time since scoring for Arsenal against West Ham in August 2018.
Dat Guy with an incredible overhead kick. 🤩 pic.twitter.com/Q8Ujx3EKlQ
— Squawka Football (@Squawka) July 7, 2020
Kali terakhir Welbeck menjaringkan gol di saingan Liga Perdana Inggeris ialah pada 15 Ogos 2018, ketika beliau masih bersama The Gunners dalam perlawanan menentang West Ham.
Pemain yang turut pernah membarisi jentera serangan The Three Lions itu kemudiannya sering kali bergelut dengan kecederaan selepas meninggalkan The Emirates.
Dan selepas lebih 600 hari tanpa sebarang gol, Welbeck tampil dengan gol cukup spektakular dalam perlawanan menentang Norwich pada awal pagi tadi.
Gol tunggal perlawanan pada minit ke-55 itu sekaligus memberikan mata penting buat Watford dalam survival mengelakkan diri dari disingkirkan dari saingan Liga Perdana Inggeris.
Untuk rekod, gol tersebut juga adalah gol keduanya sejak menyertai Watford pada musim panas 2019.
Gol sulungnya bersama Watford pula hadir pada 24 September 2019 ketika membantu pasukannya menewaskan Swansea City 2-1 dalam perlawanan Piala Liga.
Kemenangan pada malam tadi bermakna Watford kini berjaya keluar dari zon relegasi dan berada di kedudukan ke-17 dengan 31 mata selepas 34 perlawanan.
Keadaan masih belum terjamin buat Watford, namun gol kemenangan oleh Welbeck itu sekurang-kurangnya memberi kelebihan buat Watford untuk kekal di Liga Perdana Inggeris pada musim akan datang.