Lihat Braithwaite Jaring Gol Sulung, Messi Hasilkan 1 Gol & 2 Assist Selepas Rehat 98 Hari

Barcelona hanya memerlukan 66 saat aksi untuk menjaringkan gol tatkala kapten pasukan Lionel Messi turut menyumbang sati jaringan dan menghasilkan dua assist untuk membantu Barcelona menang selesa 4-0 ke atas Mallorca pada awal pagi tadi.

Arturo Vidal membuka tirai jaringan melalui tandukan, sebelum bekas penyerang Middlesbrough menjaringkan gol pertama peribadi dalam saingan La Liga untuk Barcelona.

Luis Suarez turut melakukan penampilan pertamanya sejak Januari akibat kecederaan sebelum Jordi Alba menjadikan kedudukan 3-0.

Lionel Messi melengkapkan kemenangan selesa dengan jaringan ke-20 buat dirinya dalam saingan La Liga pada minit akhir perlawanan.

Barcelona kini memiliki kelebihan lima mata di kedudukan terayas liga, tatkala Real Madrid pasti mahu kelebihan itu dikurangkan ketika mereka berhadapan Eibar pada Ahad.

Braithwaite menyerlah

Penanggugan saingan liga akibat penularan wabak membenarkan Suarez pulih dari kecedraan yang dialaminya setelah melali pembedahan lutut pada Januari lalu.

Bekas penyerang Liverpool itu kelihatan tajam dan hampir menjaringkan gol dalam beberapa situasi serangan – termasuk gol ke-5 pasukan pada masa tambahan.

Namun sebaik sahaja Vidal meletakkan gergasi Catalan itu di hadapan, ianya adalah aksi dan prestasi Braithwaite yang mencuri tumpuan.

Braithwaite dibawa masuk oleh Barcelona di luar jendela perpindahan sebenar pada Februari – dibenarkan peraturan La Liga – khusus sebagai pengganti Suarez dan Ousmane Dembele yang mengalami kecederaan pada ketika itu.

Dan gol pertama Braithwaite di La Liga juga menarik, apabila beliau menyambar bola hasil tandukan Messi, sebelum hanya dinafikan aksi menyelamat luar biasa Manolo Reina untuk jaringan kedua.

Malam milik Messi tanpa jambang

Mallorca sebenarnya menguasai bola dengan banyak dalam perlawanan ini, namun gagal menghasdirkan ancaman yang diperlukan.

Dan ntah bagaimana, tiba-tiba seorang penyokong yang menyarung jersi Argentina tertera nama Messi berlari masuk ke dalam padang, walaupun perlawanan dilangsungkan ke dalam stadium tertutup.

Sebaik insiden itu berlaku, Messi membebaskan Alba dengan hantaran cantik untuk disempurnakan oleh pemain bek kiri itu dengan mudah, menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-79 perlawanan.

Ini bermakna Messi yang tampil tanpa jambang telah terlibat di dalam 15 dari 18 gol Barcelona di La Liga sejak Quique Setien mengambil alih. Tujuh daripadanya adalah gol. Lapan lagi merupakan assists.

Dan pada minit akhir perlawanan, Messi tanpa jambang melengkapkan 20 gol dalam saingan La Liga untuk musim ke-12 berturut-turut.

Kali ini, Messi tanpa jambang mengutip bola daripada Suarez, buat satu chop ke dalam, sebelum melencongkanga -sedikit terbias- untuk menerjah jaring lawan.

Demikianlah gol jaringan Messi yang tipikal! Messi tanpa jambang!

 

 

Kongsi artikel ini