Penjaga gol Napoli, David Ospina menyebabkan Lionel Messi terbabas dan jatuh ke permukaan padang selepas mengelirukan kapten Barcelona itu dengan gerakan badannya.
Kejadian tersebut berlaku sejurus sebelum Dries Mertens memberikan pendahulan buat anak buah Genaro Gattuso dalam perlawanan pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi tadi.
Kelab Serie A itu menjadi tuan rumah kepada Barcelona di perlawanan pusingan pertama pertandingan elit eropah itu, sebelum perlawanan timbal balik di Nou Camp dua minggu kemudian.
Pemain antarabangsa Belgium, Dries Mertens terlebih dahulu meletakkan Napoli di hadapan sekali gus memberikan tekanan kepada Barcelona.
I am a big Alex Meret fan, but if you want to understand why Gattuso prefers David Ospina, go back on your DAZN and rewind about ten second before this clip starts. You’ll see the play starts with Ospina very calmly playing the ball out from the back#ForzaNapoliSempre
— Joseph Fischetti (@Joe_Fischetti5) February 26, 2020
Penyerang berusia 32 tahun itu melencongkan bola dari luar kotak penalti untuk menerjah deras ke sebelah kiri M. ter. Stegen.
Barcelona bagaimanapun menyamakan kedudukan melalui Antoine Griezmann selepas pemain antarabangsa Perancis itu menyempurnakan hantaran Nelson Semedo.
Namun sebelum jaringan Mertens dihasilkan, Ospina menerima bola di dalam kotak penalti beliau sendiri.
Barcelona pantas melakukan pressing melalui Messi. Bagaimanapun pemain itu terkeliru dengan body feint bekas penjaga gol Arsena itu sehingga tergelincir.
Ospina a convidar Messi para dançar 🤭🕺 #ChampionsEleven #ForTheFans pic.twitter.com/Y3qDnTFYc7
— Eleven Sports Portugal (@ElevenSports_PT) February 25, 2020
Ospina pada mulanya kelihatan seperti mahu menghantar bola ke arah bek kanan, sebelum melakukan hantaran mudah ke depan selepas kehadiran Messi.
Gerakan daripada Ospina itu sebenarnya bukan gerakan rumit atau terlalu mengelirukan seperti mana yang sering dipamerkan oleh pemain lain.
Tetapi ia cukup untuk mengelirukan Messi. Dari sudut teknikal ia menjelaskan ‘awareness’ yang dimiliki oleh penjaga gol tersebut terhadap ancaman pemain lawan di sekeliling, dengan melakukan ‘scanning’.
Tindakan pantas tersebut adalah salah satu perkara yang dibangunkan di dalam seorang pemain bola sepak secara holistik.