Tiga kad merah dilayangkan pengadil perlawanan dalam pertemuan Liga 1 Thailand membabitkan perlawanan di antara Lamphun Warriors menentang Ratchaburi FC pada malam tadi.
Dan salah satu daripadanya dilayangkan kepada Mika Chunuonsee selepas tindakan pemain itu melakukan bentesan daripada belakang yang menyebabkan Safawi Rasid terpaksa diusung keluar.
Dan selepas perlawanan, Safawi disahkan mengalami kecederaan buku lali disebabkan kecederaan tersebut. Walaupun tahap kecederaan tersebut belum boleh disahkan buat masa ini, Safawi dilaporkan terpaksa melupakan beberapa aksi membabitkan pasukan baharunya selepas ini.
Insiden tersebut berlaku pada minit ke-54 perlawanan pada ketika Ratchaburi sedang melakukan serangan balas pantas melalui Safawi.
Sedar akan kelincahan pemain sayap Harimau Malaya itu, Mika tidak mempunyai pilihan lain selain daripada melakukan bentesan keras kepada pemain itu.
Pawi dah mula dapat rentak balik tapi kena tackle keras harap tak injured lama.
Get well soon Pawi!🙏🏻😔
#SafawiRasid #DemiMalaysia #HarimauMalaya
🎥Thai League OfficialPosted by HarimauMalaya on Sunday, January 29, 2023
Pengadil perlawanan pada mulanya dilihat sekadar melayangkan kad kuning. Keputusan tersebut dibantah oleh pemain Ratchaburi yang tidak berpuas hati dengan kekasaran yang ditampilkan oleh Mika.
Perkara itu mendorong pengadil perlawanan melakukan semakan VAR, sebelum beliau menukar keputusan melayangkan kad merah kepada pemain itu.
Mika Chununonsee bukan satu-satunya pemain yang mendapat arahan keluar padang di dalam perlawanan ini. Seorang lagi pemain pertahanana Lhampun, S. Inphaen turut menerima nasib yang sama selepas menerima kad kuning kedua di dalam perlawanan ini.
Keadaan padang yang becak turut tidak membantu keadaan menyebabkan aksi agresif kedua-dua pasukan dan turut menyaksikan pemain Ratchaburi, Pathomchai Seasaikul menerima nasib sama pada babak pertama perlawanan.
Akhirnya kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan 1 mata selepas terikat setri 1-1. Ratchaburi terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-65 perlawanan melalui jaringan pemain Korea Selatan, Park Jun-heong.
Lhampun bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan melalui pemain Myammar, Aung Thu pada minit ke-93.