Lihat Bagaimana John O’Shea Nutmeg Luis Figo 17 Tahun Yang Lalu

17 tahun lalu, Ronaldo dari Brazil menjaringkan hatrik di Old Trafford untuk membantu Real Madrid menewaskan Manchester United dalam perlawanan penuh mendebarkan, dan berakhir dengan tujuh jaringan dihasilkan dalam perlawanan tersebut.

Manchester United menang 4-3 pada malam itu, namun masih tersingkir dari pertandingan UEFA Champions League selepas tewas 3-1 di perlawanan pertama yang berlangsung di Estadio Santiago Bernabeu.

Skuad Galaticos melangkah gagah ke separuh akhir, namun keseluruhan malam tersebut tidak hanya menjadi milik satu pemain.

Ronaldo mendapat pengiktirafan daripada penyokong di Old Trafford dengan tepukan gemuruh ketika dikeluarkan sebagai penghargaan akan aksi mantap yang dipamerkan.

Roman Abramovich memutuskan beliau harus membeli Chelsea FC selepas menyaksikan perlawanan dramatik tersebut.

Aksi O’Shea vs Figo

Dan mungkin juga John O’Shea pemain pertahanan United yang mungkin akan mengenang perlawanan tersebut seumur hidup beliau.

Apa yang berlaku dengan O’Shea dalam perlawanan tersebut?

Pada minit awal perlawanan, O’Shea yang beraksi di posisi bek kiri dalam perlawanan tersebut mengawal satu hantaran menggunakan dadanya.

Pada ketika bola jatuh ke permukaan padang, O;Shea mengawal kemas bola dengan kaki kiri beliau, dan pada ketika yang sama, Luis Figo datang menerpa untuk memberikan tekanan.

Apa yang berlaku seterusnya membuatkan ramai terkejut. O’Shea kemudian menolak bola di celah kedua-dua kaki bintang Portugal itu untuk melepasi halangan Figo.

Bukan mudah untuk melihat pemain dengan reputasi seperti Figo kena ‘nutmeg’ dengan mudah oleh pemain seperti O’Shea.

O’Shea tidak pernah dianggap sebagai pemain yang memiliki pakej pemain dengan kebolehan teknikal yang tinggi. Namun beliau dihargai kerana kesetiaan dan kesungguhannya kepada Manchester United pada era Sir Alex Ferguson.

Di bawah kendalian pengurus dari Scotland itu, O’Shea adalah seorang pemain yang versatile kerana kemampuan beliau beraksi di setiap posisi di bahagian pertahanan, dan juga sebagai pemain tengah jika dipinta.

Malah beliau turut pernag beraksi sebagai penjaga gol untuk United.

Pandangan Luis Figo

Bertahun-tahun selepas perlawanan tersebut, Figo akhirnya ditanta mengenai perlawanan tersebut, dan aksi oleh O’Shea yang melepasi kekangan beliau dengan melakukan nutmeg.

Dan Figo nyata gembira kerana masih lagi ada orang yang mengingati kejadian tersebut.

“Untuk melakukan perkara [nutmeg] itu ke atas saya sebenarnya amat mudah kerana saya adalah seorang pemain penyerang….saya akan sentiasa terbuka [sambil ketawa],” kata Figo.

“Ia memang melucukan, tetapi saya tidak berapa mengingati perkara begitu. Jika beliau [O’Shea] gembira, maka saya turut gembira!”

Malangnya bagi O’Shea, nutmeg itu tidak membawa maksud apa-apa kerana United tersingkir daripada pertandingan Champions League pada musim tersebut.

 

Kongsi artikel ini