Ia bagaikan perlawanan pertunjukkan dengan gol cantik ketika Barcelona berhadapan Villarreal pada awal pagi tadi.
Mungkin juga ada di kalangan kita yang menjangkakan Barcelona akan bergelut dalam perlawanan ini, mengambil kira situasi semasa bilik persalinan, dan tekanan yang dihadapi selepas Real Madrid menang ke atas Athletico Bilbao.
Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila ia bagaikan perlawanan latihan di Estadio de la Ceramica.
Magisterial goal from Antoine Griezmann with Ray Hudson commentary.. pic.twitter.com/Oin2S5JWZz
— Saeed Sarbazi (@saeedsarbazi) July 5, 2020
Barcelona memastikan pemburuan gol bermula awal melalui gol sendiri Pau Torres selepas ditekan oleh Antoine Griezmann.
Namun tuan rumah bangkit sejurus selepas itu melalui jaringan Gerard Moreno.
Dan selepas itulah tibanya perlawanan pertunjukkan oleh gergasi Catalan itu yang diketuai oleh tidak lan dan tidak bukan, Lionel Messi.
Kapten Barcelona itu mungkin tidak berada di dalam senarai penjaring dalam perlawanan ini.
Namun sumbangan melalui dua assist beliau sudah cukup menjelaskan kepentingan Messi di dalam sistem Barcelona.
Messi mengingatkan kita mengapa beliau digelar sebagai salah seorang pemain terbaik dunia apabila menggelecek dari tengah padang, sebelum disudahkan oleh Messi dengan rembatan yang melencong cantik ke arah penjuru atas gawang Villareal.
Tidak cukup dengan itu, jaringan oleh Griezmann pada penghujung babak pertama membuatkan perlawanan ini seolah-olah amat mudah bagi Barcelona.
Bermula daripada back-heel Messi, Griezmann melakukan satu chip dengan timing yang cukup sempurna ke arah penjuru kanan gawang untuk menewaskan penjaga gol.
Composure yang ditunjukkan oleh Griezmann itu hanya boleh dilihat daripada seorang pemain yang berkeyakinan.
Ia juga adalah jaringan yang amat licik. Keraian Griezmann yang memeluk Messi juga memadam spekulasi perbalahan di antara dua pemain itu.
Babak kedua pula menyaksikan pemain remaja, Ansu Fati melengkapkan kemenangan 4-1 buat Barcelona untuk tiga mata berharga.