Lihat Atlet Ini Tewas Acara 400 Meter Kejohanan Remaja Dunia Kerana Kemaluannya Asyik Berjuntai Keluar Daripada Seluar

Ia adalah episod malang yang pasti mahu dilupakan oleh atlet ini sepanjang kariernya. Seorang atlet dari Itali tewas acara 400 meter di Kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung di Cali, Colombia disebabkan pakaiannya.

Pelari tersebut adalah atlet berusia 18 tahun, Alberto Nonino yang mengambil bahagian di dalam acara 400 meter di kejohanan dunia itu. Nonino memulanya larian dengan begitu baik sekali berbanding pelari lain pada ketika itu.

Malah beliau meninggalkan pelari lain dengan jarak meyakinkan, memberi indikasi akan memenangi perlumbaan tersebut dengan mudah. Bagaimanapun situasi berubah setelah separuh larian, apabila Nonino kelihatan tidak selesa dan sering kali meraba ke bawah beberapa kali.

Pada ketika ini, penonton yang menyaksikan larian tersebut belum menyedari apakah sebenarnya yang berlaku. Tetapi Nonino jelas memperlahankan larian sehingga membenarkan pelari lain memintas beliau.

Situasi tersebut menyebabkan Nonino mengakhiri larian di kedudukan terakhir dengan catatan masa 51.57 saat dan turut menimbulkan tanda tanya ramai.

Apa yang dilalui oleh Nonino kemudiannya disedari oleh wartawan LADbible, David Sanchez de Castro yang menyedari kemaluan Nonino asyik terkeluar daripada seluar yang dipakainya ketika larian.

Insiden tersebut menjadi punca mengapa atlet muda itu gagal melakukan larian seperti yang diharapkan. Nonino dipercayai cuba menyelesaikan isu tersebut ketika larian sedang berlangsung, tetapi malang sekali ia tidak berjaya dilakukannya.

Alberto Nonino kemudiannya mengesahkan kejadian itu di Instagram. Beliau juga insiden tersebut sudah mulai menjadi perhatian dan tular di media sosial.

Bagaimanapun Nonino berharap netizen berhenti untuk menghantar beliau pautan blog yang berkongsi kisah itu, dan menyifatkan kejadian sebegitu sebagai insiden yang tidak dijangka

“Saya mahu bercakap sedikit mengenai insiden yang panas dibincangkan di bloh dan media sosial. Saya sedar dan jelas ia adalah satu insiden yang tidak dijangka dan mahu anda semua tahu saya menyedari reaksi daripada pelbagai pihak, tetapi anda tidak perlu terus menghantar setiap pautan blog yang anda temui,” kongsi Nonino di IG Story.

Bagi beliau insiden tersebut sememangnya melucukan. Bagaimanapun selepa tamat perlumbaan, beliau berasa agak teruk dan malu. Mujurlah keluarga dan sahabat handai sentiasa berada di belakang untuk memberikan sokongan dan melupakan perkara itu.

“Saya cuba ketawa ketika mengenangkan insiden tersebut, tetapi kemudian rasa sangat teruk. Saya berterima kasih kepada sahabat handai dan keluarga untuk melupakan kejadian itu.”

Nonino juga menegaskan setiap laporan dan video yang tular tidak akan menjejaskan beliau yang sentiasa optimis untuk mengejar kejayan pada masa hadapan.

Kongsi artikel ini