Ramai bintang bola sepak dunia gemar menghiasai tubuh badan mereka dengan karya seni tatoo.
Tatoo sering kali diukir pada tubuh badan untuk membawa pengertian tersendiri. Ada yang membawa simbol agama, kepercayaan, dan juga keluarga.
Tidak kurang juga yang suka mengukir tatoo di badan sebagai bahan hiasan semata-mata, tanpa ada pengertian khusus.
Namun pemain-pemain ini dianggap memiliki tatoo yang aneh.
1. Joe Hart
Bekas penjaga gol skuad kebangsaan England ini mempunyai tatoo yang seperti tompel besar menutupi hampir keseluruhan lengan kanannya.
Joe Hart pernah menjelaskan tatoo tersebut sebagai perisai, atau ibarat senjata yang tersimpan dalam tubuhnya. Agaknya berapa upah buat tatoo serupa takde design seperti tompel/parut begitu? Macam kayap pun ada.
2. Dele Alli
Kebiasaan tatoo juga membawa maksud keperwiraan. Itu bermakna kebanyakan tatoo biasanya tampil garang.
Tapi Dele Alli pula memilih tatoo yang kelihatan comel. Tatoo pada tangan pemain kebangsaan England ini adalah tatoo dari watak Bamm Bamm dari karakter animasi The Flinstone.
3. David Beckham
Dari banyak-banyak tato0 yang dimiliki oleh David Beckham, ada sebuah tatoo aneh di kepalanya.
Tatoo tersebut berbentuk gambaran planet-planet yang ada di alam semesta ini.
4. Sergio Aguero
Pemain Manchester City ini menghiasi tangannya dengan tatoo tulisan berbahasa Elvish – iaitu bahasa versi The Lord of The Rings.
Anehnya Aguero mengaku bukanlah penggemar filem tersebut. Jadi adakah beliau juga memahami apa yang tertulis di tangannya itu?
5. Nicolas Otamendi
Kebanyakan orang memilih membuat tatoo yang membawa maksud penting.
Namun demikian, pemain pertahanan Manchester City, Nicolas Otamendi ini memilih menghiasi belakangnya dengan watak-watak dari drama bersiri seperti Breaking Bad, Peaky Blinders dan Viking.