Takefusa Kubo adalah salah seorang bakat remaja paling mendapat perhatian pada hari ini.
Dan beliau beraksi bersama Mallorca secara pinjaman daripada Real Madrid sepanjang musim 2019/20 ini.
Real Madrid mendapatkan pemain tersebut pada musim lalu apabila mengikat bekas pelatih akademi La Masia itu dengan kontrak selama lima tahun.
Pemain dari Jepun ini diramal akan menjadi tunjang belakang Real Madrid untuk tahun-tahun mendatang, apabila Los Blancos berpendapat Kubo sudah cukup bersedia.
Buat masa ini dengan kelibat pemain seperti Eden Hazard, Gareth Bale, Vinicius Junior dan Marco Asensio di dalam skuad utama Real Madrid, peluang Kubo untuk beraksi di dalam kesebelasan utama dianggap sukar, walaupun jelas beliau mempunyai kebolehan.
Pemain berusia 19 tahun itu dihantar oleh Real Madrid untuk beraksi bersama pasukan lain di La Liga.
Setakar ini Kubo bolehlah dianggap menyerlah bersama Mallorca.
Malah Kubo berjaya menjadi pemain utama pasukan angkatnya itu dan sehingga kini hanya terlepas empat perlawanan daripada keseluruhan 34 yang telah dimainkan pada musim ini.
Pada Jumaay lalu, Mallorca yang turut dikenali dengan jolokan Los Bermellones melayan kinjungan Atletico Madrid.
Walapun Mallorca tewas 3-0 dalam perlawanan tersebut, ia tidak menghalang Kubo daripada menyerlah.
Malah kebanyakkan gerakan Mallorca adalah berpunca daripada Kubo.
Penyerang kelahiran Jepun itu membuktikan dirinya tidak takut untuk berhadapan dengan pemain pertahanan lawan, dan turut melakukan hantaran berbahaya kepada rakan sepasukan.
Malah Kubo sendiri hampir menjaringkan gol melalui beberapa gerakan yang dilakukannya di beberapa situasi.
Dalam perlawanan menentang Atletico, Kubo telah melakukan lapan take-ons – terbanyak di dalam perlawanan ini – dan menyempurnakan enam daripadanya.
Takefusa Kubo vs Atletico Madrid
46 passes
85% pass accuracy
2 shots
5 key passes
6 dribbles won
1 tackle won
10/16 duels won19 years of age. Another very impressive performance despite the result. Take is one of La Liga's best wingers after the restart. pic.twitter.com/rBKkMg3ymR
— Football Talent Scout – Jacek Kulig (@FTalentScout) July 3, 2020
Kubo turut berjaya menghasilkan lima peluang, dan turut menyebabkan foul oleh pihal awan sebanyak tiga kali.
Tidak syak lagi Kubo akan menyarung jersi seba putih Los Blancos pada masa hadapan.
Namun untuk saingan pada musim depan, Real Madrid dilaporkan masih mahu mendedahkan beliau secara pinjaman untuk mendapatkan minit perlawanan sewajarnya.
Real Sociedad dikatakan adalah antara kelab yang dikatakan akan menjadi destinasi seterusnya untuk Takefusa Kubo.
Satu perkara yang pasti, Zidane pasti gembira dengan perkembangan terkini pemain dari Jepun ini.