Nama Matt Riddle mungkin lebih dikenali di arena WWE dan Smackdown pada hari ini. Tetapi tahukah anda Matt Riddle juga pernah dianggap sebagai prodigy UFC satu ketika dahulu?
Bekas bintang WWE, Matt Riddle pernah membuat Presiden UFC, Dana White trauma setelah melihat aksinya di arena The Ultimate Fighter.
Pada ketika itu Riddle belum lagi membintangi WWE dan UFC. The Ultimate Fighter adalah siri realiti televisyen mixed martial art yang diproduksi oleh Fox Sports bersama UFC untuk mencari bakat-bakat baru sukan itu.
Riddle pada ketika itu berhadapan dengan seorang lagi petarung, Dan Simmler.
UFC veteran Matt Riddle gets WWE tryout http://t.co/xiIqTVtlGj pic.twitter.com/LizmtRSL6g
— Bloody Elbow (@BloodyElbow) April 13, 2015
Pertarungan kedua-duanya nyata akan diingati oleg semua orang termasuk Dana White. Malah White dikatakan trauma dan terganggu dengan aksi dalam pertarungan itu.
Apa tidaknya. Sebaik pertarungan dimulakan pengadil, Riddle secara agresif terus melakukan tumbukan yang menjatuhkan Simmler.
Setelah jatuh, Riddle langsung memberikan tiga pukulan kuat kepada Simmler sehingga dia KO.
Daripada video yang kami kongsikan ini anda boleh mendengar bagaimana Simmler smenggeram dan merintih sehingga membuat semua yang hadir di arena khuatir.
Berdasrkan pemeriksaan, Simmler mengalami patah rahang di dua tempat akibat pukulan-pukulan itu.
Mantan bintang UFC, Quinton Jackson menggambarkan momen itu sebagai salah satu KO yang mengerikan.
Bahkan pelatih Riddle mengatakan dia belum pernah melihat petarung yang tewas kerana KO mengerang kesakitan seperti itu.
“Itu KO yang paling mengerikan yang saya pernah lihat,” ujarnya.
VIDEO | UFC veteran Matt Riddle trashes Dana White: He is an a**hole https://t.co/wAw18DLQJ7 #Dana_White pic.twitter.com/bhEYhzUKZ4
— UFC NEWS (@UFCNEWS_UK) February 27, 2017
Sayangnya kejayaan Riddle tidak lama selepas dipecat oleh Dana White daripada UFC akibat ketagihan ganja.
Pemecatan tersebut mendorong Riddle beralih kepada WWE dan kini terbaru telah menyertai Smackdown.
Dan sepanjang tempoh bersama WWE, Riddle tidak pernah putus memaki dan meluahkan dendam terhadap White yang didakwanya dengki dan sengaja merosakkan kariernya ketika masih di UFC.
Bayangkan jika Riddle tidak mempunyai masalah ketagihan ganja. Siapa tahu Riddle boleh menjadi atlet UFC terbilang sebaris nama besar seperti Khabib Nurmagomedov atau Conor McGregor.