Expand To Show Full Article
Lihat Aksi Ryan Babel Persenda Lawan Pura-Pura Sakit Dengan Berguling Atas Padang - Grandstand Kita

Lihat Aksi Ryan Babel Persenda Lawan Pura-Pura Sakit Dengan Berguling Atas Padang

Ryan Babel jelas kecewa dengan pemain Getafe, Allan Nyom yang sangat mudah mengalami kecederaan ketika diasak, menyebabkan Babel turut berguling-guling di atas padang mengejek pemain tersebut.

Babel jelas sangat terganggu dengan reaksi dari bekas pemain West Brom itu sehingga menyebabkan beliau meniru aksi Nyom.

Malah Babel turut seperti berpura-pura menangis kerana kononnya kesakitan.

Insiden melucukan itu belaku ketika Ajax ketinggalan 1-0, dan Babel tidak teragak-agak berpendapat Nyom hanya sekadar berlakon.

Bekas pemain Liverpool itu diberikan kad kuning kerana terjahannya terhadap Nyom, namun menjelaskan kekecewaannya selepas perlawanan.

“Saya tidak tahu jika saya akan berbuat demikian lagi. Ia berlaku kerana ‘panas’ dengan keadaan ketika itu,” ujar Babel kepada BT Sport.

“Pemain itu [Nyom] amay menjengkelkan. Getafe tidak menarik langsung.

“Minggu hadapan, di tempat sendiri, kita akan bermain lebih baik, dan dengan pengadil yang berlainan.”

Pemain dari Brazil, Deyverson memberikan Getafe pendahuluan pada babak pertama perlawanan sebelum dibaling dengan lighter ketika meraikan jaringan.

Rakan senegara dari Brasil, Kenedy yang dipinjamkan dari Chelsea menggandakan kelebihan buat Getafe pada minit akhir perlawanan.

Ajax terpaksa bekerja keras sekiranya mahu mengubah kelebihan yang kini jelas milik kelab dari Sepanyol itu pada perlawanan akan datang.

Ajax adalah semifinalis Champions League pada musim lalu. Musim ini Ajax gagal melepasi peringkat kumpulan Champions League dan terpaksa beraksi di Liga Eropah.

 

 

Kongsi artikel ini