Expand To Show Full Article
Lihat Aksi Pepe Riena Persis Steven Gerrard Ketika Masih Bersama Liverpool - Grandstand Kita

Lihat Aksi Pepe Riena Persis Steven Gerrard Ketika Masih Bersama Liverpool

Sebenarnya ramai penjaga gol mengimpikan untuk beraksi sebagai outfield player. 

Fabian Barthez pernah melakukannya dalam perlawanan persahabatan untuk Manchester United, manakala David James juga pernah menjadi penyerang untuk Manchester City dalam perubahan taktikal oleh Stuart Pearce dalam perlawanan menentang Middlesbrough.

Dan setahun selepas itu, penjaga gol Liverpool, Reina turut mempunyai peluang berbuat demikian.

Ia adalah ketika The Reds berhadapan Kaiserslautern di Liechtenstein ketika pra musim dan persiapan menuju kempen musim 2006/07.

Perlawanan tersebut dianggap sebagai perlawanan tertutup tanpa publisiti meluas, dan pemain yang baru didatangkan dengan nilai £6.7 juta, Jermaine Pennant turut akan diberikan peluang untuk beraksi.

14 years since I became Steven Gerrard for a day 😉⚽ I'm a versatile player 😂 #Memories #LFC #BoxToBox

Posted by Pepe Reina on Wednesday, July 29, 2020

Selain Pennant, beberapa rekrut baharu skuad Rafa Benitez pada ketika itu seperti Craig Bellamy, Fabio Aurelio dan Gabriel Paletta turut berada di dalam pasukan. Namun perlawanan ini sebenarnya mengejutkan Benitez sendiri.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, pasukan divisyen dua Jerman itu mendahului juara eropah musim 2004/05 itu pada minit ke-56.

Namun Liverpool berjaya bangkit melalui jaringan Bellamy dan Luis Garcia.

Tetapi pasukan kerdil seperti Kaiserslautern segera menyamakan kedudukan, sehingga membuatkan Benitez kebingungan setelah Garcia dan Aurelio terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Tanpa banyak pilihan, Robbie Fowler dibenarkan untuk kembali ke padang setelah bertindak mengeluarkan dirinya. Pada masa yang sama, Benitez terpaksa memasukkan Reina untuk Garcia – dan langkah itu hampir membuahkan hasil.

Walaupun diberikan jersi No.14 milik Xabi Alonso, Reina beraksi di bahagian hadapan serangan seperti peranan yang biasanya diambil oleh Steven Gerrard.

via Gfycat

Reina hampir menjaringkan gol kemenangan dalam dua situasi dalam perlawanan tersebut. Pertama, rembatan Reina hanya sedikit tersasar.

Kemudian gerakan menarik Craig Bellamy yang disudahkan dengan cutback menemui Reina gagal disudahkan dengan baik apabila bola tersebut melambung tinggi.

Kaiserslautern berjaya mencuri satu lagi gol selepas itu untuk menang perlawanan tersebut 3-2.

“Saya mempunyai peluang baik untuk menjaringkan gol. Tetapi sekarang saya sedar betapa sukar ianya untuk menjaringkan gol,” kata Reina selepas perlawanan.

“Beraksi di bahagaian tengah adalah kaedah terakhir kerana kami telah menggunakan semua pertukaran. Ia adalah normal perkara begini berlaku. Saya harus lakukannya.”

 

Kongsi artikel ini