Expand To Show Full Article
Lihat Aksi Muriel Becker (Abang Alisson Liverpool) Muncul Hero Fluminese Dalam Derbi Fla-Flu - Grandstand Kita

Lihat Aksi Muriel Becker (Abang Alisson Liverpool) Muncul Hero Fluminese Dalam Derbi Fla-Flu

Tahukah anda baawa penjaga gol Liverpool Alisson Becker juga mempunyai seorang abang kandung yang beraksi di posisi sama sebagai penjaga gol?

Muriel Becker adalah abang kepada penjaga gol Brazil itu dan kini beraksi bersama Fluminense.

Dan beberapa hari yang lalu, Muriel turut mencipta nama dengan aksi heroic beliau untuk Fluminese dalam perlawanan derbi menentang Flamengo.

Penjaga gol veteran berusia 33 tahun itu menyelamatkan dua sepakan penalti pemain lawan untuk memberikan kemenangan kepada pasukannnya.

Alisson dan Muriel sebelum ini pernah beraksi bersama dalam satu pasukan ketika kedua-duanya masih bersama INternacional.

Alisson yang lebih muda kemudiannya memilih untuk berhijrah ke Eropah untuk menyertai Roma pada 2016.

Kita semua tahu apa yang berlaku selepas itu..

Penjaga gol berusia 27 tahun itu kemudiannya melengkapkan perpindahan ke Anfield dengan nilai rekod dunia untuk seorang penjaga gol pada ketika itu.

Hari ini Alisson dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia, dan telah bergelar juara dunia, juara eropah dan juara Liga Inggeris bersama Liverpool.

Alisson turut membantu negaranya muncul juara Copa America ketika Brazil menjadi tuan rumah pada tahun lalu.

Tidak keterlaluan jika kita katakan keputusan Jurgen Klopp membawa masuk Alisson ke Anfield adalah antara keputusan paling penting dalam menentukan kemenjadian Liverpool seperti pada hari ini.

Atau mungkinkah juga Klopp patut memancing Muriel sekali ke Anfield selepas ini sebagai pengganti Andy Lonergan?

Penjaga gol pilihan keempat itu dilaporkan mahu berhijrah dari Anfield pada musim panas ini.

Kongsi artikel ini