Lihat Aksi Kian Meng Sempat ‘Hijacked’ Raket Pei Jing Balas Pukulan Pasangan China Kerana Putus Tali

Kerana putus tali, pemain beregu campuran negara, Tan Kia Meng sempat ‘hijacked’ raket rakan gandingannya, Lai Pei Jing dalam pertemuan menentang Wang Yi Liu-Huang Dong Ping untuk membalas pukulan pasangan dari China itu dalam perlawanan suku akhir Terbuka Jepun yang berlangsung sebentar tadi.

Gandingan beregu negara itu berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasangan Taiwan dalam pertarungan sengit yang berakhir Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-14, 11-21, 21-15 semalam.

Berbeza ketika menentang regu dari Taiwan, pertemuan suku akhir menentang Yi Liu-Dong Ping sememangnya lebih sukar, mengambil kira pasangan dari China itu kini adalah beregu keempat dunia di dalam ranking semasa BWF.

Raket Kian Meng terputus

Tetapi ini tidak bermakna Kian Meng-Pei Jing tidak cuba untuk memberikan tentangan sehingga menyebabkan raket yang digunakan oleh Kian Meng terpurtus ketika melakukan pukulan balas pada set pertama perlawanan.

Sayang sekali kejadian yang berlaku di set pertama ketika Kian Meng-Pei Jing ketinggalan hanya satu mata dan sedang berusaha menyamakan kedudukan pada kiraan 11-12 tidak menjadi kenyataan.

Kian Meng sempat merampas raket Pei Jing untuk membalas pukulan, sehingga menyebabkan beliau memegang dua raket di dalam rali tersebut – dengan harapan Pei Jing sempat mengambil raket simpanan yang berada di luar gelanggang.

Kebiasaannya pemain akan menyediakan raket di luar gelanggang sebagai persediaan untuk berhadapan dengan situasi seperti ini.

Malang sekali di dalam keadaan kelam kabut itu, Pei Jing tidak sempat berbuat apa-apa apabila pasangan China tersebut terus mematikan bulu tangkis pada pukulan berikutnya.

Kian Meng-Pei Jing terpaksa akur

Tewas set pertama dengan kiraan mata 21-16, pasangan beregu campuran negara itu terpaksa akur tersingkir daripada Terbuka Jepun apabila turut tewas 21-15 pada set kedua.

Perlawanan yang berlangsung selama 38 minit itu menyaksikan gandingan China, Yi Lyu-Dong Ping mara ke separuh akhir Terbuka Jepun.

Tersingkirnya gandingan Kian Meng-Pei Jing di dalam acara beregu campuran bermakna harapan negara untuk mencipta kejayan di Terbuka Jepun kini hanya tinggal kepada gandingan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei (beregu campuran), dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (Beregu lelaki).

Gandingan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei juga akan melalui laluan sukar berhadapan juara dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong di suku akhir pada hari ini. Sebelum itu kedua-duanya menewaskan pasangan dari Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek, 29-3, 21-18, 21-11.

Manakala pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula akan berhadapan Choi Sol-gyu-Kim Won-ho dari Korea Selatan, juga di peringkat yang sama.

Kongsi artikel ini