Lihat Aksi ‘Headbutt’ Dan Drama Cekik Mencekik Yang Cetuskan Pergaduhan Di Liga Singapura

Insiden panas berlaku di Liga Perdana Singapura (SPL) apabila Lion City Sailors berjaya mengekalkan pendahuluan lima mata di kedudukan teratas liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada malam tadi.

Gol kemenangan minit akhir oleh pemain pertahanan, Pedro Henrique membantu Sailors kembali ke landasan kemenangan selepas gergasi bola sepak Singapura itu seri dalam dua perlawanan sebelumnya.

Perlawanan yang berlangsung dengan sengit itu bagaimanapun dicemari oleh pergaduhan pada babak akhir perlawanan, melibatkan barisan kejurulatihan dan pemain kedua-dua pasukan.

Pada ketika kedudukan masih 1-1 pada minit ke-88 perlawanan, kejadian tolak menolak berlaku di kalangan pemain berhampiran kawasan teknikal.

Ketua Jurulatih Sailors, Kim Do-hoon dilihat menanduk (headbutt) kepada pembantu jurulatih Tampines, Mustafic Fahrudin.

Fahrudin kemudiannya kelihatan menekup dahinya selepas insiden tersebut.

Keadaan selepas itu seperti mula terkawal apabila permainan disambung semula, manakala Kim dan Fahrudin kelihatan berjabat tangan selepas perlawanan.

Tetapi situasi panas dengan tidak semena-mena timbul kemabali apabila pemain dan pegawai kedua-dua pasukan sekali lagi terlibat dengan kejadian tolak menolak.

Fahrudin kelihatan bertengkar dengan Kim dan menuju ke arah tempat duduk Sailors. Saksi mendakwa beliau turut mencekik bahagian belakang leher bekas penyerang Korea Selatan itu.

Insiden tersebut mengundang Persatuan Bola Sepak Singapura mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan badan itu menyedari apa yang berlaku dan sedang menunggu laporan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Jurulatih Tampines, Gavin Lee kemudian berkata: “Ia memalukan kerana sikap [Ketua Jurulatih Sailors] yang mencetuskan keadaan ini, tetapi ia bukan perkara untuk saya komen.

“Kami berjaya menenangkan situasi untuk meneruskan perlawanan tetapi ia bersambung kembali selepas tamat perlawanan. Ia terpulang kepada pihak pengurusan liga untuk menyiasat.

Kongsi artikel ini