Lihat Aksi Billy Gilmour Dengan Mudah Nutmeg Fabinho

Tidak ramai daripada kalangan kita yang pernah mendengar nama Billy Gilmour sebelum ini.

Dan secara tiba-tiba setelah Chelsea menewaskan Liverpool 2-0 pada awal pagi tadi, nama Gilmour mulai menjadi sebutan.

Pemainn berusia 18 tahun ini turut dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan – walaupun bukan salah seorang penjaring gol dalam perlawanan ini.

Aksi pemain berbangsa Scotland ini di jentera tengah Chelsea turut mendapat pujian melangit daripada pengurus pasukan, Frank Lampard.

Pengurus Chelsea menganggap prestasi pemain muda Billy Gilmour sebagai amat menakjubkan, selepas pemain itu membantu Chelsea menyingkirkan Liverpool 2-0 di perlawanan pusingan kelima Piala FA pada awal pagi tadi.

Pemain tengah berusia itu menampilkan permainan meyakinkan menentang The Reds selepas disenaraikan di dalam kesebelasan utama oleh Lampard.

Sudah tentu, pada mulanya ramai yang tertanya=tanya dengan tindakan Lampard meletakkan Gilmour sebagai pemain kesebelasan utama.

Pemain itu kelihatan tidak kekok berhadapan dengan pemain yang jauh lebih berpengalaman seperti Fabinho, dan aksi pemain itu turut mendapat pujian Alan Shearer kerana keberaniannya mara ke hadapan – aspek yang tidak dimiliki oleh pemain di posisi sama, Jorginho.

“Ia adalah permainan yang menakjubkan ditampilkan oleh seorang pemain muda menentang sebuah pasukan terbaik dunia,” kata Lampard.

“Ramai melihat beliau [Gilmour] pemain yang kerdil, tetapi pemain ini mempunyai personaliti yang besar.

“Permainnnya mengingatkan saya kepada bagaimana pemain tengah pada zaman saya membesar dahulu.

“Anda akan bertanya: ‘Mampukah anda melakukan terjahan?’, Ya, ‘Bolehkah anda melihat ruang untuk mendapatkan bola?’, Ya, ‘ bolehkah anda melakukan hantaran tepat dan melakukannya dengan mudah pada masa yang betul?’

“Ya, beliau mempunyai semua kebolehan dan jawapan kepada soalan tersebut.

“Saya memiliki kepercayaan penuh kepada Gilmour. Beliau mungkin kelihatan kerdil di atas padang, tetapi beliau mempunyai personaliti dan bakat yang besar.”

Pemain muda itu menyertai Chelsea daripada kelab Scotland, Rangers pada hari jadinya yang ke-16 pada tahun 2017.

Pencari bakat Chelsea menemui bakat Gilmour 18 bulan sebelum itu, tetapi perlu membayar pampasan kepada Rangers yang berang kehilangan pemain berbakat besar itu kepada kelab London itu.

Kongsi artikel ini