Liverpool meneruskan kutipan mata di saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini dengan satu lagi rekod dipecahkan selepas menewaskan Brighton di Stadium Amex pada awal pagi tadi.
Kelab Merseyside yang baru dinobatkan sebagai juara Liga Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun itu tampak mudah memperolehi kemenangan apabila mendahului dua gol dalam tempoh lapan minit.
Mo Salah ⚽️🅰️⚽️
Man of the Match 🏆 pic.twitter.com/XIb3S3xuUm— Liverpool FC (Premier League Champions 🏆) (@LFC) July 8, 2020
Naby Keita berjaya merampas bola daripada Davy Propper di posisi bahaya, untuk membantu Mohamed Salah mencetak gol pertamanya dalam perlawanan ini.
Dan pada minit ke-8 perlawanan – dua minit selepas gol pembukaan Salah – kapten pasukan, Jordan Henderson menyudahkan percubaan cantik dari jarak 20 meter.
Brighton bagaimanapun cuba bangkit kembali dan berjaya mengurangkan defisit gol melalui Leandro Trossard selepas menyambar hantaran lintang Tariq Lamptey.
Salah kemudiannya memastikan perlawanan ini di luar jangkauan Brighton, apabila Salah menyempurnakan sepakan penjuru Andrew Robertson dengan tandukan.
Penyudah melalui tandukan oleh penyerang dari Mesir itu amat jarang berlaku, dan merupakan gol ke-19 beliau di saingan liga pada musim ini.
𝑺𝒕𝒓𝒂𝒊𝒈𝒉𝒕 𝒇𝒓𝒐𝒎 𝒕𝒉𝒆 𝒕𝒓𝒂𝒊𝒏𝒊𝒏𝒈 𝒈𝒓𝒐𝒖𝒏𝒅 🤩
Boss @andrewrobertso5 cross, brilliant @MoSalah header 🙌 pic.twitter.com/xNjqdzsASA
— Liverpool FC (Premier League Champions 🏆) (@LFC) July 8, 2020
Nampak jelas sekali gol Salah itu adalah hasil latihan yang dilakukan berulang kali.
Liverpool kini mengumpul 90 mata dari 30 kemenangan dan dua seri sekepas 34 perlawanan.
Berbaki empat lagi perlawanan, skuad kendalian Jurgen Klopp juga berpeluang memecahkan rekod 100 mata – tertinggi yang dikumpul oleh juara liga, Manchester City sebelum ini.