Expand To Show Full Article
Lihat 15 Aksi Elegan Roberto Firmino Lepaskan Diri Dan Kelirukan Lawan - Grandstand Kita

Lihat 15 Aksi Elegan Roberto Firmino Lepaskan Diri Dan Kelirukan Lawan

Elegan, dinamik, dan pintar. Roberto Firmino sememangnya dikenali sebagai pemain yang penuh dengan tipu helah. Tetapi tiga frasa pertama ini tadi lebih sesuai untuk menggambarkan kebolehan penyerang Liverpool ini.

Penyerang Brazil itu pada hari ini disifatkan sebagai salah seorang penyerang ‘False 9’ terbaik dunia.

Kebangkitan prestasi Firmino sejak menyertai The Reds di bawah bimbingan Jurgen Klopp amat ketara sekali sejak beberapa musim yang lalu.

Firmino kini telah menjaringkan 77 gol dari 235 penampilan untuk Liverpool sejak berhijrah ke Anfield pada 2015.

Pencapaian utama Firmino bersama Liverpool ialah apabila membantu kelab Merseyside itu muncul juara Champions League pada musim lalu.

Ia diikuti oleh gelaran juara dunia beberapa bulan selepas itu setelah Liverpool muncul juara Piala Kelab Dunia FIFA pada Disember.

Musim ini prestasi Firmino juga dianggap fenomena untuk membantu Liverpool tampil sebagai pendahulu saingan Premier League dengan kelebihan 25 mata di puncak liga.

Namun aksi Firmino bukan sahaja kerana kebolehan beliau menjaringkan gol untuk Liverpool. Firmino dianggap antara pemain yang memiliki kepintaran menghasilkan gerakan luar biasa.

Gerak langkah beliau sering kali mematikan terus langkah lawan. Lebih memeritkan ialah pada ketika pemain lawan berpendapat mereka sudah mengawal keadaan, di situlah Firmino akan menampilkan magisnya.

Di sini, kami kompilasikan 15 situasi di mana Firmino memperagakan aksi menarik melepasi halangan pemain pertahanan lawan:

 

1. Firmino vs Víctor Camarasa

Aksi ini merupakan nutmeg yang amat memeritkan buat Camarasa.

2. Firmino vs Roberto Soldado

Aksi ini pula buatkan Soldado bertaubat bermain di England.

3. Firmino vs Mason Holgate

Pengajaran berguna buat pemain muda Everton ini.

4. Firmino vs Ignazio Abate

Pra musim pun Firmino serius.

 

5. Firmiino vs Aleksandar Rajcevic

Pengjarannya jangan kawal body-to-body bila bertahan.

6. Firmino vs Adrian

Gol tak tengok.

7. Firmino vs pemain Newcastle

Masih cari bola ke tu?

8. Firmino vs Troy Deeney

Inilah yang berlaku apabila penyerang berperanan sebagai pemain pertahanan.

9. Firmino vs David Luiz

Kalau boleh, memang tak nak share yang ini. Takpelah.

10. Firmino vs Dani Ceballos

Kejam sangat ke yang satu ni?

11. Firmino vs Gareth McAuley

Kadang-kadang terpaksa pasrah bagi free kick.

12. Firmino vs Shkodran Mustafi, Sokratis dan Lucas Torreira

Tiga sekali dia tapau kot.

13. Firmino vs Carlos Cuesta

Rabona pun dia boleh buat.

14. Firmino vs Alexsandar Kolarov

Sikit lagi.

 

Kongsi artikel ini