Johor Darul Ta’zim terus membuktikan , mereka merupakan satu pasukan yang terus mendominasi takhta MSL setelah menewaskan UiTM 0-4 di stadium UiTM pada malam tadi.
2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE STANDINGS
Log on to https://t.co/BsLJlriCIP
*subject to change pic.twitter.com/i6F7SCNDFI
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 13, 2021
Tiga mata yang diperolehi oleh pasukan dengan jolokan Harimau Selatan diperolehi pada perlawanan minggu ketiga dan menyaksikan JDT meneruskan momentum kemenangan tanpa keputusan seri mahupun tewas setakat ini.
2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE
Full Time
UITM [0-4] JDT
(Arif Aiman Hanapi 11' / Gonzalo Cabrera 15' / Bergson da Silva 80' / Syamer Kutty Abba 90'+2)More photos at https://t.co/3uA5QKvkq3 pic.twitter.com/VLWNv03rWo
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 13, 2021
Benjamin Mora yang membuat rombakan untuk perlawanan ini dengan Safiq Rahim berada di dalam kesebelasan utama termasuk Adam Norazlin , S.Kunalan dan Nazmi Faiz turut tersenarai. Pemain pinjaman dari Brazil yang baru ditandatangani , Bergson juga berada dalam bangku simpanan ternyata ia satu percaturan yang sangat membuahkan hasil menghadapi UiTM.
2021 MALAYSIA SUPER LEAGUE
Starting Lineup
UITM vs JOHOR DARUL TA'ZIM
Full list at https://t.co/IWrIBQtyDY pic.twitter.com/yXzUkK8s9l
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 13, 2021
JDT pada awal permainan dikejutkan dengan kecederaan Sapawi Rasid sehingga menyaksikan pemain sayap kanan itu diusung keluar dan digantikan dengan pemain muda Arif Aiman yang menerima hantaran jauh dari Safiq Rahim tanpa membuang masa menyerang dari sebelah sayap kanan masuk ke kawasan penalti menggelecek dua pemain UiTM dan terus melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gol Dominik Picak pada minit ke 10.
10' Gol | Arif Aiman Hanapi
"Supersub" Arif Aiman mengambil beberapa minit sahaja selepas dimasukkan untuk membuka tirai jaringan untuk Johor Darul Ta'zim!@OfficialJohor 1-0 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/pBzHRw5Sq3
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2021
Gol itu menyemarakkan pasukan pelawat untuk terus menambahkan gol dan ia berjaya setelah minit ke 15 , Gonzalo Cabrera menjaringkan gol kedua untuk JDT. Berpunca daripada sepakan sudut , pemain berjersi nombor 11 ini berjaya menjaringkan gol ke atas UiTM kali sejak sekian lama tidak membolosi gawang pasukan itu kali terakhir pada tahun 2017.
Gonzalo Cabrera has scored against UiTM FC almost exactly four years after his first goals against them (two goals in a 4-0 win on 11 March 2017).#LigaSuper2021 https://t.co/uQ77R4Cd5B
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2021
Skuad Frank Bernhardt tidak berputus ada untuk cuba mengatur serangan ke atas pasukan JDT , namun keampuhan empat bentengnya mematikan gerakan yang dilakukan oleh pasukan Lions Troopers.
PENYERANG UiTM FC, Nana Poku dihalang oleh tiga pemain JDT – Gambar UiTM FC
Separuh masa kedua , JDT membuat pertukaran dengan mengeluarkan Gonzalo Cabrera dan memasukkan seorang lagi pemain muda Ramadhan Saifullah untuk meningkatkan intensi mengatur serangan. Sehinggalah pada minit ke 80 , pemain gantian Bergson Da Silva merembat kencang dari luar kawasan penalti melepasi penjaga gol UiTM untuk jaringan ketiga JDT.
80' GOL | Bergson da Silva
"Debut goal" untuk penyerang baharu JDT, Bergson!@uitmfclions 0-3 @OfficialJohor #LigaSuper2021 pic.twitter.com/JpLr4hSdAZ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2021
JDT menutup perlawanan itu dengan kemenangan bergaya setelah Syamer Kutty Abba menjaringkan gol keempat dihujung masa kecederaan 90 minit perlawanan.
90+3' GOL | Syamer Kutty Abba
Pemain gantian, Syamer menambah gol keempat JDT!@uitmfclions 0-4 @OfficialJohor #LigaSuper2021 pic.twitter.com/tGd4uF1yBD
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2021
Lain-lain keputusan Liga Super ialah Selangor FC sekadar mencatat keputusan1-1 dengan Kuala Lumpur City FC. Manakala perlawanan yang juga menjadi tumpuan penyokong iaitu Melaka United dan Sri Pahang juga sekadar 0-0 di stadium Hang Jebat.
KEPUTUSAN MASA PENUH LIGA SUPER – LS3#LigaSuper2021 pic.twitter.com/35tkd0Cwao
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2021