Terengganu FC merapatkan jurang kedudukan dalam carta Liga Super dengan satu mata tipis ketika Kedah gagal memanfaatkan kelebihan bermain di Stadium Darul Aman , Alor Setar setelah tewas 1-2 kepada pasukan dari negeri timur itu pada malam tadi.
π KEDUDUKAN LIGA SUPER β LS8#LigaSuper2021 pic.twitter.com/4mwmF6TOqh
β Malaysian Football League (@MFL_MY) April 9, 2021
Kedah yang berpeluang untuk merampas takhta liga daripada kelab Johor Darul Taβzim buat kali pertama sekiranya menewaskan Terengganu namun , anak-anak buah Aidil Syahrin gagal mempamerkan prestasi yang terbaik sepanjang perlawanan itu berlangsung.
Berikut adalah lima perkara mengenai perlawanan Terengganu FC dan Kedah yang menjadi perhatian oleh penyokong kedua belah pasukan.
1. Menang adalah satu kelegaan
Kemenangan Terengganu FC ke atas Kedah memberikan kelegaan kepada pengendali Nafuzi Zain selepas pasukannya merekodkan empat perlawanan sebelum tanpa kemenangan.
Setelah 4 perlawanan tanpa kemenangan, TFC tumpaskan KDA FC dengan jaringan 2-1 di Stadium Darul Aman.
Rumusan perlawanan di sini β¬https://t.co/42Ipu6OdfF
β Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 9, 2021
Kemenangan ke atas Kedah sudah pasti memberikan motivasi dan keyakinan kukuh kepada anak-anak buah Nafuzi Zain untuk terus mencari kemenangan pada aksi ke sembilan minggu hadapan.
2. Mohamad Hakimi Abdullah
Pemain muda yang berusia 21 tahun ini memberikan impak positif kepada Terengganu selepas aksinya yang mengucar-kacirkan pertahanan Kedah. Bermula daripada larian pantas Hakimi masuk ke defensif third jugalah Terengganu memperolehi sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain import , David da Silva pada minit ke 45 untuk mengikat Kedah 1-1 terlebih dahulu.
βοΈRate anda dari 1-10 buat pemain terbaik perlawanan TFC, Hakimi Abdullah? π₯π₯π₯#TerengganuFCβ#WeBleedBlackAndWhiteβ#WinBackMission#MOTM pic.twitter.com/Yt2NY0Zpnt
β Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 9, 2021
Pemain tengah ini telah diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan kerana usaha-usahanya bersama rakan lain tanpa mengenal penat lelah untuk membantu kelabnya memenangi perlawanan itu.
3. Pamerkan corak permainan yang sama sahaja
Menurut Nafuzi Zain dalam sidang media , corak permainan pasukannya masih sama. Apa yang membezakan adalah keputusan perlawanan di Stadium Darul Aman malam tadi.
Corak Permainan Sama Cuma Keputusan Memihak Kami, Kata Nafuzi Zain https://t.co/Ssxsf3P9Np
β Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 10, 2021
Dalam perlawanan berkenaan , pengendali muda itu masih menggunakan formasi 4-3-3 dan kesebelasan utama kekal dengan penggiliran pemain yang berada di bangku simpanan.
4. Karekter pemain muda yang kuat
Nafuzi menjelaskan yang beliau sangat berpuas hati atas segala perancangan bagi menghadapi KDA berjaya diterjemahkan di atas padang oleh anak-anak buahnya.
Ketua Jurulatih Terengganu FC itu juga tanpa berselindung memuji aksi hebat pemain mudanya untuk mencapai kemenangan. Gol kemenangan Terengganu hadir menerusi percubaan Azam Azmi Murad yang berjaya membolosi gawang Kedah Darul Aman selepas menerima hantaran daripada Faisal Halim separuh masa kedua.
5. Kedah tidak sepatutnya kalah
Ini merupakan kekalahan pertama Kedah Darul Aman di gelanggang sendiri dan beraksi di hadapan penyokong selepas tiga kemenangan sebelum ini.
Aidil Sharin: Kedah Tidak Sepatutnya Kalah https://t.co/o8tN0PjtMv
β Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 10, 2021
Bagaimanapun menurut Aidil Sharin pemain telah buat yang terbaik mengawal perlawanan dan bermain lebih baik berbanding Terengganu dan tidak sepatutnya kalah dengan cara mereka bermain.
βSaya simpati dengan pemain-pemain saya kerana mereka telah bekerja keras tetapi keputusan tidak memihak kepada kami. Kami perlu terima kekalahan ini dan terus bergerak ke depan,β ujar Aidil Sharin dalam sidang media mengenai keputusan perlawanan itu.
Β
kredit featured image : Malaysia Football League (MFL)
Β
Β