Liga Inggeris akan ditunda lagi sehingga 30 April selepas penularan wabak coronavirus terus berleluasa.
Semua saingan domestik di England: Premier League, EFL, Women’s Super League and Women’s Championship, termasuk semua perlawanan di Scotland, Wales dan Ireland Utara akan terus ditangguhkan.
Football Association turut bersetuju tiada tarikh khusus untuk penangguhan musim 2019/20 – bermakna ia akan tetap diteruskan walau apa sekali pun.
Di bawah perancangan baharu ini, musim 2019/20 akan tamat pada 1 Jun.
BREAKING: English football suspended until at least April 30th, the Premier League, EFL and FA have confirmed
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 19, 2020
Satu kenyataan bersama oleh The FA, Premier League dan EFL menyatakan komitmen masing-masing untuk mencari jalan terbaik agar musim ini tetap diteruskan sehingga ke penghujung, apabila keadaan sudah terjamin selamat untuk berbuat demikian.
Penangguhan Euro 2020 telah memberikan ruang penangguhan saingan domestik di eropah sehingga Jun.
Namun kerajaaan UK masih lagi tidak membenarkan sebarang acara sukan diadakan buat masa ini untuk mengelakkan perhimpunan orang ramai.
🚨 The Premier League will not return until May at the earliest 🚨 pic.twitter.com/zNHKcEsK0y
— B/R Football (@brfootball) March 19, 2020
Pada minggu lalu Naib pengerusi West Ham, Karren Brady berkata musim ini sepatutnya dihentikan terus dan dibatalkan.
Pengerusi FA, Greg Clarke pula risau musim ini tidak boleh diteruskan sehingga penamat.
Tetapi CEO Brighton, Paul Barber berkata ianya tidak adil untuk berbuat demikian yang sudah tentu akan menafikan Liverpool kejuaraan 30 tahun yang sudah lama mereka nantikan.
Kontrak pemain juga kebanyakkan akan tamat pada 30 Jun di kebanyakkan liga. Sekiranya saingan disambung dan melangkaui tarikh kontrak, ia akan disambung melangkaui tarikh tersebut.