Liga Juara-Juara Eropah : Tanpa Pemain Bintang Skuad Rangnick Catat Keputusan Seri Dengan Young Boys

Keputusan Ralf Rangnick menurunkan pemain-pemain yang sering memanaskan bangku simpanan dan memberikan peluang kepada pemain akademi Manchester United menghasilkan keputusan yang memuaskan ketika seri 1-1 dengan Young Boys di Old Trafford dalam perlawanan terakhir Liga Juara-juara Eropah kumpulan F awal pagi tadi.

Hanya dua pemain berusia 30 tahun ke atas seperti Juan Mata dan Nemanja Matic yang turut diberikan peluang memakai armband berada di atas padang mendapat kepercayaan daripada pengurus interim itu bagi mengepelai perlawanan tersebut.

Skuad Manchester United dimalukan oleh Young Boys ketika era Ole Gunnar Solksjaer sebelum ini , bermula dengan baik apabila bekas graduan akademinya , Mason Greenwood menjaringkan gol dengan sepakan akrobatik pada minit ke 8 bagi memberikan Setan Merah berada di hadapan terlebih dahulu.

Dalam kesebelasan utama , Mason Greenwood diletakkan sebagai ‘target men’ dan pemain muda ini membuktikan bahawa dia layak untuk terus berada dalam senarai perlawanan yang seterusnya.

Ralf Rangnick amat berpuas hati dengan prestasi yang telah ditunjukkan oleh pemain yang baru berusia 21 tahun dan beliau berjanji akan membantu untuk menyerlahkan lagi bakat yang masih terpendam dalam diri pemain berkenaan dengan meningkatkan keupayaan fizikal dan mentalitinya.

Manchester United yang telah pun layak terlebih dahulu dalam kelompok 16 pasukan ke pusingan kalah mati setelah menang ke atas Villareal pada minggu lepas merehatkan beberapa pemain utama termasuklah Cristiano Ronaldo , Bruno Fernandes , Maguire , De Gea dan lain-lain untuk memastikan mereka kekal cergas dalam perlawanan di EPL pada hujung minggu ini.

Rangnick juga berani memberikan peluang kepada pemain-pemain daripada akademi membuat debut pertama mereka di saingan Eropah dan mengenalpasti pemain yang berpotensi untuk diserapkan dalam skuad utama pada musim hadapan seperti Charlie dan Zidane.

Kedua pemain ini menjadi sebagai gantian  tetapi , Rangnick juga berani mempertaruhkan Amad Diallo dan Anthony Elanga di dalam kesebelasan utama sebagai pemain sayap dan mereka menunjukkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan berkenaan.

Tom Heaton juga tidak terkecuali diberikan penghormatan oleh jurulatih berbangsa Jerman ini untuk membuat debut pertama di liga yang berprestij dunia ini.

Hampir 20 tahun semenjak menyertai Manchester United pada 2005 , Tom Heaton yang berusia 35 tahun baru dapat membuat penampilan pertamanya di peringkat senior dan ini merupakan satu motivasi serta kebanggaan buat dirinya. Sudah pasti dia sangat berterima kasih dan menghargai apa yang dilakukan oleh Rangnick.

 

Kongsi artikel ini