Pasukan Johor Darul Ta’zim terpaksa berputih mata setelah tewas kepada kelab Jepun , Nagoya Grampus 0-1 di stadium Rajamangala , Bangkok pada hari semalam.
Bagaimanapun , kelab yang mewakili negara matahari terbit ini tidak mudah untuk memperolehi kemenangan mutlak apabila jentera tengah yang dikepalai oleh Natxo Insa bersama Afiq Fazail dan Leandro Velaquez mempamerkan aksi yang meyakinkan bagi mengurangkan dominasi Nagoya Grampus dalam perlawanan itu.
FT | 🇲🇾 @OfficialJohor 0-1 @nge_official 🇯🇵
Nagoya get their #ACL2021 campaign off to a winning start thanks to Hiroyuki Abe’s 60th minute strike!#ACL2021 | #JDTvNGE pic.twitter.com/Sp8YGQ67Ju
— #ACL2021 (@TheAFCCL) June 22, 2021
Johor Darul Ta’zim yang beraksi tanpa penyerang profilik Gonzalo Cabrera yang tidak disenaraikan pada kejohanan ACL kali ini tetapi menyandarkan harapan kepada penyerang import mereka Bergson Da Silva dalam mendapatkan kemenangan pertama.
Perlawanan pada separuh masa pertama seimbang apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang jitu dalam memecahkan benteng pertahanan lawan yang bagaimanpun berakhir dengan keputusan 0-0.
Pemain sayap kiri JDT , Ariff Aiman dapat membuat percubaan di dalam kotak gol Grampus Nagoya namun dapat diselamatkan oleh penjaga gol Mitchell Langerak.
Nagoya Grampus akhirnya memperolehi jaringan daripada pemain Hiroyuki Abe pada minit ke 60 , namun gol itu mencetuskan kontroversi kerana ada pemain Jepun yang berada dalam keadaan offside. Penjaga gol JDT , Farizal Marlias cuba membantah gol berkenaan kepada penjaga garisan.
Pengadil perlawanan , Mohammed Abdulla Hassan Mohamed dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak mengendahkan bantahan daripada pemain JDT dan tetap dengan pendirian bahawa gol itu sah untuk Nagoya Grampus.
JDT kembali menggandakan gerakan serangan dan Bergson berjaya meledakkan gol pada minit akhir perlawanan namun jaringan itu dibatalkan oleh pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mendakwa penyerang dari Brazil itu terlebih dahulu mengasari pertahanan lawan.
Kelab Nagoya Grampus menduduki tangga kedua dalam kumpulan G , manakala JDT di tempat ketiga di atas Ratchaburi FC dari Thailand setelah ditewaskan oleh Pohang Steelers dari Korea Selatan 2-0.
Kedudukan terkini @TheAFCCL dalam Kumpulan G dan keputusan penuh perlawanan hari ini. #ACL2021 pic.twitter.com/Binyq8oib8
— VOCKET FC (@vocketfc) June 22, 2021