Hampir majoriti ibu bapa pada hari ini mempunyai satu masalah yang sama – iaitu bagaimana untuk mengawal anak-anak daripada tidak keterlaluan bermain dengan gadget.
Tidak dapat dinafikan dalam era teknologi pada hari ini, telefon pintar, tablet, mahu pun komputer riba adalah peralatan penting yang menjadi medium telekomunikasi utama.
Lebih daripada itu, gadget-gadget ini juga merupakan punca rezeki kepada kebanyakkan kita, terutama kepada peniaga online, mahupun kepada penyedia kandungan dalam talian.
Buruk-buruk orang kata, buka handphone untuk semak Whats App, Telegram atau layan YouTube. Ianya adalah kaedah termudah untuk mendapatkan informasi pada hari ini.
Namun penggunaan gadget di kalangan kanak-kanak adalah perkara yang berbeza dari segi keperluan dan keutamaan. Untuk mengelakkan anak-anak daripada menggunakan gadget pada hari ini, hampir mustahil.
Apatah lagi kita sebagai ibu bapa turut menggunakan gadget setiap hari di hadapan mereka. Kerana itulah, ibu bapa harus bijak untuk membahagikan masa membenarkan anak-anak.
Sudah tentu ramai rakan-rakan yang masih rasa tak selamat dan rela duduk rumah time pandemik ni. Banyak faktor,…
Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Sunday, August 2, 2020
Tidak terkecuali daripada dilema yang sama adalah legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Dalam satu muat naik yang dikongsi semalam, Chong Wei berkongsi mengenai pergelutan beliau dalam membenarkan anak-anaknya menggunakan gadget.
Mengakui tidak boleh mengelakkan dari generasi pada hari ini menggunakan gadget, Chong Wei mengakui ianya tidak masuk akal untuk tidak membenarkan langsung anak-anak daripada menggunakannya pada hari ini.
“Sudah tentu ramai rakan-rakan yang masih rasa tak selamat dan rela duduk rumah time pandemik ni.
“Banyak faktor, antaranya kesihatan diri sendiri, lagi-lagi tidak ingin membawa risiko kepada ahli keluarga terutamanya yang ada isu kesihatan,” ucap Chong Wei.
Being a competitive athlete all my life, getting grounded at home during MCO was tough. It was indeed very challenging…
Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Saturday, August 1, 2020
“Berjanji dengan bini tersayang supaya kurangkan masa di luar, hanya untuk urusan penting sahaja. Kalo tak, mati I kena bebel. (Yes I tahu bebel sebab sayang. Lap you wife).
“Masalahnya makin banyak time di rumah, makin banyak time habis main phone. Selalu marah anak-anak mata melekat kat Ipad, phone, rupanya sendiri sama juga, lagi teruk kadang-kadang.
“Tapi, sekarang kan dunia IT, larang anak-anak main gadget mmg tak logic. Cikgu-cikgu sekolah pun dah start ajar pakai gadget. Memang challenging nak ejas kasi balance. (Bukan mcm bapa dia, first time main computer kat cybercafé. CounterStrike punya pasal)
“I rasa ramai yg sama dilemma mcm saya. Mau anak pandai IT, tapi geram tengok dia layan gadget lama-lama. Seronok tengok derang main lumpur main bola, tapi risau pulak ada Covid.
Do you know how many times did Datuk Wira Lee Chong Wei won gold medal in Malaysia Open? Comment below.😊😊Visit…
Posted by Aisportz on Monday, July 27, 2020
Dalam muat naik yang sama Chong Wei turut mengumumkan dirinya kini menjadi duta Aisportz.
Aisportz mencipta pelantar menggabungkan kemodenan IT serta boleh membantu dalam keadaan pandemik sekarang.
Jeng jeng jeng! Ini dia Raket Edisi Terhad disain saya yang I nak bagi u all. Daftaran cabutan bertuah ini akan tamat…
Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Sunday, August 2, 2020
Bagi yang melayari dan mendaftar di www.aisportz.com – yang boleh dilakukan secara percuma, anda berpeluangmemenangi Raket Edisi Terhad yang ditandatangani saya. Tempoh tamat 4hb August!
Ayuh jangan ketinggalan!