Bekas Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino dikhabarkan sedang menuju ke Old Trafford bagi memuktamadkan kontrak bersama dengan kelab Red Devils sebagai pengganti kepada Ole Gunnar Solksjaer yang mungkin dipecat susulan kekalahan yang amat memalukan kepada kelab dari Turki , Istanbul Basaksehir pada perlawanan awal pagi 05 November 2020.
Nama pengurus yang berasal dari Argentina ini merupakan nama yang terawal sekali disebut untuk menggantikan Jose Mourinho yang dipecat oleh keluarga Glazer pada pertengahan musim 2019/2020.
Pochettino at Old Trafford 👀 pic.twitter.com/5QWdGiTVoD
— Goal (@goal) November 5, 2020
Namun akhirnya , Solksjaer pula yang mendapat kontrak tetap semasa menunjukkan prestasi cemerlang memandu Manchester United sebagai pengurus interim menyaksikan kelab Setan Merah ini berjaya menempatkan diri di kelompok ke-3 dalam Premier League.
Prestasi di awal musim ini sangat tidak memuaskan hati penyokong setia Red Devils ini. Dengan hanya 2 kemenangan dari 6 perlawanan Liga Premier menyebabkan Manchester United terjerumus ke tangga 15 dalam liga.
Kekalahan yang paling memalukan sekali ialah ketika aksi menentang Spurs yang menyaksikan kelab dibawah kendalian Jose Mourinho berjaya meledakkan enam gol di Old Trafford pada perlawanan minggu ketiga.
BREAKING: Manchester United have made contact with Mauricio Pochettino's representatives ✅ https://t.co/dJq6zAGO6X
— SPORTbible (@sportbible) November 5, 2020
Solskjaer pula masih seperti tercari-cari formasi yang sesuai mengikut pemain-pemain yang ada di dalam skuad beliau.
Sehingga kini Solksjaer masih lagi gagal terutamanya mencari gandingan yang mantap di bahagian pertahanan kerana itulah titik paling lemah yang masih belum dapat diselesaikan olehnya.
Walaupun dengan kemasukan Alex Telles yang dibeli dari Porto , ia masih belum menunjukkan impak yang kuat terhadap skuad yang menjulang kejuaraan liga sebanyak 20 kali ini.
Ole confirms that Alex Telles has tested positive for COVID-19. We wish him a speedy recovery and a swift return to the group ❤️#MUFC pic.twitter.com/vrNAZLPScx
— Manchester United (@ManUtd) October 28, 2020
Sekiranya Solksjaer masih lagi diberikan peluang oleh Board Manchester United dalam perlawanan dengan Everton yang berada di tangga ke pada minggu ini , beliau mesti memastikan skuadnya memperolehi kemenangan bergaya ke atas skuad Ancelotti itu.
Namun sekiranya gagal , ini bererti Solksjaer mungkin boleh mengemas beg pakaiannya dan menuju ke pintu keluar sambil membiarkan pula Mauricio Pochettino masuk ke Old Trafford.